
Bekas Isteri Putera Kelantan, Manohara Pinot Mengaku Sudah Tidak Bergelar Muslim
Bekas isteri Putera Kelantan yang pernah memegang gelaran sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan selepas berkahwin dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 26 Ogos 2008, model dan sosialit dari Indonesia, Manohara Odelia Pinot mengakui sudah keluar daripada agama Islam dalam satu hantaran status di Instagram.

Status pegangan agama bekas isteri Putera Kelantan ini sentiasa menjadi persoalan netizen berikutan daripada fesyen dan gaya hidup yang ditampilkan.
Mengakui sudah memeluk agama Kristian, Manohara mengakui sudah tidak berstatus Muslim dan meminta semua pihak menghormati dan memahami keputusannya.
Manohara pernah menggemparkan masyarakat Malaysia dan Indonesia selepas mendakwa beliau didera secara mental dan fizikal sehingga ada meninggalkan kesan seterika di dahi.
Pada berita lain, selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang ditangkap selepas dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy menyebabkan pihak polis Indonesia berada dalam keadaan dilema sama ada mahu menempatkan beliau di dalam lokap lelaki atau wanita.
Beliau yang juga merupakan seorang transgender itu akan ditempatkan di lokap selepas selesai proses siasatan, sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.
Masih ditahan di bilik siasatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmen miliknya di Thamrin City, Jakarta Pusat pada jam 1.30 pagi Selasa.
Ditahan bersama tiga lagi rakannya, seorang wanita dan sepasang suami isteri, pihak polis turut menemui beberapa pil ecstacy di lokasi kejadian.