Gundik Diraja Thailand Bebas

Bekas Gundik Rasmi Diberi Pengampunan, Kembali Semula Ke Pangkuan Raja Thailand

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah bekas gundik rasmi diraja Thailand pernah menjadi hangat seketika apabila dia dilucutkan gelaran diraja, tiga bulan selepas dilantik memegang peranan itu.

Sineenat Wongvajirapakdi kini dilapor telah dibebaskan dari penjara apabila telah diberi pengampunan oleh Raja Thailand Maha Vajiralongkorn dan akan dibawa ke Jerman untuk menyertai semula barisan gundik diraja.

Sejak penularan wabak COVID-19, Raja Thailand itu telah menghabiskan waktunya di hotel bertaraf empat bintang di Jerman bersama pasukan tentera serta ditemani oleh barisan peneman diraja itu.

Difahamkan, Raja Rama X itu telah hadir sendiri ke Lapangan Terbang Munich bagi menjemput bekas gundiknya itu.

Sineenat dianugerahkan gelaran peneman diraja yang juga dikenali sebagai Koi Wongvajirapakdi atau ‘Chao Khun Phra’ (Yang Mulia Pasangan Diraja) dan ia diberikan Vajiralongkorn kepadanya pada Hari Keputeraan Raja berkenaan yang ke-67 pada Julai 2019.

Ia merupakan gelaran pertama yang dianugerahkan kepada peneman diraja sejak kerabat diraja Thailand itu memimpin negara serta mengahwini isteri keempat, Permaisuri Suthida pada awal 2019.

Sineenat merupakan jururawat tentera udara yang berkhidmat untuk pasukan tentera diraja dan turut menyandang jawatan peneman diraja dengan gelaran pangkat ‘Major General’.

Gundik Diraja Thailand Bebas

Bagaimanapun, kesemua gelaran dan anugerah yang dikurniakan kepada Sineenat dilucutkan atas dakwaan salah laku yang telah mencemarkan institusi diraja kerana ‘tidak memberi penghormatan kepada raja dan tidak memahami tradisi kerajaan’.

Dia dituduh oleh pihak istana sebagai seorang yang ingkar dan dicop sebagai ‘tak setia’, ‘tidak bersyukur’ dan bercita-cita tinggi untuk mengaut keuntungan dan mengejar populariti demi kepentingan diri dengan mengeluarkan arahan yang tak setaraf dengan kedudukannya.

Gundik Diraja Thailand Bebas

Sineenat juga dikatakan cuba memutar belit orang ramai dengan dalam usaha untuk menyamaratakan kedudukannya setanding Permaisuri Thailand.

Beberapa jam sebelum tindakan tegas diambil, pihak istana ‘membuang’ gambar wanita itu dari tempat awam dan membuang 60 gambar di laman sesawang dan menutup terus media sosialnya.

Kisah pahit gundik yang kena buang ini adalah sebahagian daripada cerita dunia tentang usaha mereka yang cuba menjadi permaisuri. Mungkin gundik di istana Raja Thailand ini adalah segelintir gundik-gundik raja dalam misi yang tidak berjaya.

Sumber: Awani, KitaReporters