Bekas CEO PNB, Abdul Jalil Rashed Cucu Saudara Tun M?

Sumber: The Malaysian Reserve

Bekas CEO PNB, Abdul Jalil Rashed merupakan cucu saudara Tun M?

Dua hari lalu, nama Abdul Jalil Rashed menjadi trending di laman media sosial selepas daripada mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa 15 Jun.

BACA: Ini Cara Untuk Membuat Pengeluaran ASB Secara Dalam Talian

Meninggalkan posisi sebagai teraju syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia, Abdul Jalil mendedahkan sepanjang memegang jawatan tersebut, beliau telah mendapat gangguan termasuklah panggilan kecaman dari nombor tidak dikenali, penggodaman e-mel korporat dan profil di perkhidmatan jaringan profesional LinkedIn.

Lantiikan Abdul Jalil memegang jawatan tersebut adalah daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Disebabkan itu, banyak spekulasi dan kontroversi melanda beliau termasuklah dakwaan bahawa beliau merupakan cucu saudara kepada bekas Perdana Menteri ke-7 iaitu Tun Mahathir.

Menafikan dakwaan tersebut dengan tegas, Abdul Jalil meminta agar orang ramai berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah yang boleh menjatuhkan satu sama lain.

Dilantik menggantikan Datuk Abdul Rahman Ahmad yang tamat kontrak pada 30 September 2019 pada 1 Oktober tahun lalu, Abdul Jalil, 38 tahun merupakan tokoh termuda yang dilantik sebagai CEO dalam sejarah PNB sejak ditubuhkan pada 17 Mac 1978.

Mula bekerja pada tahun 2003 sebagai pelatih graduan di Aberdeen Standard Investments, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Pelaburan dan Ketua Ekuiti sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Aberdeen Islamic Asset Management pada tahun 2010.

Bekas CEO PNB, Abdul Jalil Rashed Cucu Saudara Tun M
Sumber: Head Topics

Selepas meninggalkan Aberdeen untuk menerajui syarikat Invesco sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (Asia Selatan) pada tahun 2013 hingga 2019, kehadiran Abdul Jalil ke dalam PNB amatlah dialu-alukan kerana berpengalaman luas menguruskan pelaburan global.

Dalam pada itu, desas desus mengatakan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Abdul Jalil bakal digantikan oleh Timbalan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd, Ahmad Zulqarnain Onn.