
Bekalan Makanan Tidak Cukup Punca Tamak Haloba Manusia?
Bekalan makanan negara dikatakan berada dalam tahap yang meruncing. Terbaru, kartel ayam ingin melaksanakan henti operasi ladang ayam bagi menekan kerajaan untuk menaikkan harga syiling ayam. Ini kerana, harga dedak yang mahal menyebabkan para pembekal mengalami kerugian.
Perkara ini diulas oleh seorang pengguna Facebook, Syapik Hassan bahawa kekurangan bekalan makanan kini adalah disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri. Nak tahu lebih lanjut? Jom kita ikuti ulasan beliau.
Krisis Bekalan Makanan Dunia Kali Ini Adalah “Man-made”
Krisis Bekalan Makanan Dunia Kali Ini Adalah “Man-made”, Yakni Akibat Ketamakan Manusia (Tak Berapa Penting, Korang Tak Wajib Baca).
Kalau korang baca berita ni, korang dah boleh faham, wujudnya satu gerakan oleh kartel pengusaha ayam di Malaysia bercadang untuk melakukan catuan bekalan ayam, demi untuk menaikkan harga ayam secara paksa akibat supply yang rendah dan demand yang tinggi.
Korang faham tak kenapa India ban eksport gandum? Korang mesti ingat sebab kemarau, kan? Atau korang mesti ingat sebab tanaman tak subur sebab tak hujan, kan? Atau korang mesti ingat sebab bekalan tak cukup, kan?
Tak.
30% supply bekalan gandum dunia terbantut
Cerita dia macam ni. Aku cerita slow-slow. Ukraine + Rusia adalah pembekal 30% dari gandum dunia. Pembekal gandum nombor 1 di dunia adalah China. Pembekal gandum nombor 2 di dunia adalah India. Lalu pada Februari lalu, Rusia perang dengan Ukraine.
Maka, terbantutlah atau tersekatlah 30% supply bekalan gandum dunia, akibat petani Ukraine tak boleh nak buat kerja sebab negara dia berperang, dan Rusia pula dikenakan sekatan ekonomi (dan sebahagian petani Rusia pula adalah tentera reserve yang dipanggil ke Ukraine).
Pada Februari, India melihat peluang ekonomi ini, berjanji akan meningkatkan pengeluaran gandum dari 7 juta tan setahun kepada 10 juta tan setahun. India yakin petani-petani di negaranya boleh bekalkan gandum banyak tu.
BACA: Punca India Henti Eksport Gandum Dan Kesan Pada Dunia Serta Malaysia
Adakah benar petani-petani di India boleh bekalkan banyak tu?
Ya. Walaupun cuaca panas melanda India sekejap pada hujung Mac, bekalan merosot sedikit sebanyak 5%, tapi ramalan bekalan yang akan dibekalkan India meningkat, melihat kepada penanaman dan pembenihan tanaman gandum di sana. Dan India hampir memintas China sebagai pengeksport gandum nombor 1 dunia!
Tapi!
Disebabkan 30% bekalan gandum dunia dari Ukraine dan Rusia terbantut, maka harga gandum antarabangsa pun naik, antara 30-40% kenaikan. Kenaikan harga ni berlaku khususnya di Eropah.
Lalu pembekal-pembekal gandum di India tengok, kalau jual gandum kat luar, harga masyuk. Kalau jual kat dalam negara, harga biasa je. So pembekal-pembekal ni jual majoriti gandum diorang kepada orang luar.
Kerajaan India bengang
Kerajaan India bengang la, siyot betol apahal pembekal-pembekal ni semua jual kat luar, dah tu orang India sendiri nak makan apa? Tamak haloba betol!
Akhirnya perbuatan pembekal-pembekal gandum ni menyebabkan rakyat India sendiri kekurangan bekalan gandum.
Bukan sebab bekalan gandum terputus, atau kemarau, atau tak hujan, atau rancangan dajjal. Tapi sebab pembekal-pembekal ni tamak! Dia jual majoriti gandum kepada orang luar, termasuklah portion yang sepatutnya dijual di dalam negara.
Ringkasnya macam ni. Contoh, sebelum ni bekalan gandum India ada 6 juta tan. 3 juta tan diorang jual kat dalam negara, 3 juta tan lagi diorang eksport. Bila Rusia Ukraine perang, India ada 6 juta tan bekalan, tapi 5 juta tan diorang eksport, 1 juta je jual dalam negara.
Kerajaan India tengok pembekal-pembekal gandum ni macam palat, so kerajaan pun sekatlah peng-eksport-an gandum, supaya bekalan gandum di dalam negara, untuk rakyat India sendiri, cukup.
Apa fungsi Kementerian yang berkaitan?
Di Malaysia, kartel ayam nak catu bekalan ayam demi untuk menaikkan harga ayam. Benda ni kita kena faham, adakah sebab tamak ke atau sebab memang perlu dinaikkan. Kena baca juga dari side pembekal ayam, tentang kos nak maintain ayam.
Harga dedak mahal. Ok kita faham, dedak mahal sebab majoritinya diimport. Tapi, dah 50 tahun rakyat Malaysia ni makan ayam, takkan tak ada usaha atau R&D untuk hasilkan dedak ayam di dalam negara? RISDA, MARDI, MAEPS, buat apa? Universiti-universiti tak buat kajian ke?
Bab dedak ayam ni dah ramai pakar yang meluahkan dan bising pasal ni. So aku malas nak sentuh. Tapi apa fungsi Kementerian yang berkaitan? Tak kiralah, sejak zaman Mahathir, ke Najib, ke PH, ke PN, tak ada kemajuan ke berkaitan makanan ruji kita ni?
Kenapa aku tak mention Pak Lah? Sebab Pak Lah lah yang cuba transform negara kita ni sebagai negara pertanian, bertani sebagai sumber pendapatan setiap orang. Tapi tu lah. Orang tak nampak apa dia cuba nak buat. Pastu nak majukan industri lembu pulak, tiba-tiba betukar jadi kondo.
Kesimpulannya, krisis makanan di seluruh dunia, adalah man-made. Akibat hasil perbuatan manusia. India stop eskport gandum? Perang Rusia-Ukraine punya pasal. Bekalan ayam Malaysia tak cukup? Dedak mahal punya pasal. Kartel ayam punya pasal.
Korang kena expect akan datang, akan wujud beberapa lagi bekalan makanan lain yang akan dicatu atau “tak cukup bekalan” akibat ketamakan manusia. Benda ni semua boleh dielakkan, kalau kita semua hidup aman damai tanpa perang dan sengketa.
Sumber: Syapik Hassan, Utusan
Trending now



