Ladang Ternakan Ayam

Bekalan Ayam Melebihi Permintaan, NGO Gesa Kerajaan Benarkan Semula Eksport

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Peningkatan harga barang dan makanan sejak tahun lepas jelas meyebabkan rakyat terus dibelenggu kos sara hidup tinggi yang tidak setara dengan pendapatan.

Mengenai isu bekalan ayam yang dilaporkan kembali pulih, NGO menggesa kerajaan untuk membenarkan semula eksport ayam ke luar negara kerana pengeluaran melebihi permintaan.

Memetik sumber FMT, wakil NGO penyelidik pasaran ayam memaklumkan rekod pengeluaran ayam dalam negara adalah sebanyak 106% berbanding tahap sara diri (SSL).

Katanya, semakan harga jualan ayam di beberapa buah negara di dunia menyaksikan, Malaysia merupakan negara menjual ayam pada harga yang rendah.

“Justeru, rugi sekiranya kerajaan meneruskan larangan mengeksport ayam daging/segar ini ke luar negara walaupun beberapa sekatan sebelum ini telah pun ditarik balik yang menyebabkan penternak rugi dalam tempoh jangka masa panjang.

“Penternak ayam di Malaysia sudahpun berdepan kehilangan pasaran apabila Singapura bertindak membeli ayam dari Indonesia dan bekalan itu masuk mulai minggu lalu, selepas kita menguatkuasakan larangan penjualan ayam daging/segar ke republik itu,” katanya.

Sweden Guna Tahi Ayam Sebagai Alternatif Baharu Cegah Penularan COVID-19 1

NGO tersebut menyarankan kerajaan menawarkan semula produk ayam hidup/segar ini ke pasaran dunia memandangkan harga jualan komoditi tersebut merupakan terendah di Asia tenggara ketika ini.

Katanya, dengan kebenaran semula itu, Malaysia boleh menjadi pemain utama penjualan ayam di Asia dan sekaligus menarik pelabur asing untuk terus melabur di sini.

Menurutnya, perkara itu boleh dilakukan dengan kerajaan dan pihak penternak duduk semeja yang mana penternak mahu membuat keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan.

Pada masa ini, larangan eksport ayam kini hanya terhad kepada ayam bulat atau ayam hidup.

BACA: Nak Bina Ladang Ternakan Ayam? Ini Isunya Yang Anda Perlu Pertimbangkan Dulu

Sumber: FMT