Beberapa Kali Ramalannya Tepat, Siapa Sebenarnya Baba Vanga Yang Jadi Sebutan Dunia?

Sebut sahaja nama Baba Vanga, ramai yang mengenali sosok tubuh wanita buta dari Bulgaria ini. Tapi siapa sebenarnya Baba Vanga ini?

Pernah menjadi bualan orang ramai selepas beberapa ramalannya adalah tepat, nama beliau kembali menjadi sebutan apabila ramalan mengenai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 sekali lagi mengena.

Beberapa Kali Ramalannya Tepat, Nama Baba Vanga Jadi Sebutan Dunia 1
Sumber: Facebook

Pada tahun 1996, Baba Vanga meramalkan Presiden ke-45 akan mengalami penyakit misteri yang menyebabkannya menjadi pekak dan menghidap ketumbuhan pada otak pada tahun 2020.

Dan pada 2017, Donald Trump berjaya naik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 menggantikan Barack Obama.

Kemudiannya wabak pandemik COVID-19 melanda dunia dan Trump merupakan salah seorang yang dijangkiti virus ini.

BACA: Donald Trump Sah Positif COVID-19, Ini Jangkaan Yang Akan Berlaku Di Amerika Syarikat

Ramalan Baba Vanga

Antara peristiwa lain yang diramal Baba Vanga dan tepat ialah:

  • Brexit,
  • serangan Menara World Trade Centre (WTC),
  • kebangkitan ISIS,
  • Prsiden Amerika ke-44 adalah seorang lelaki Afrika, dan
  • China mendominasi dunia pada tahun 2018.

Malah, ada juga ramalan beliau yang tidak mengena. Contohnya pada 2010 hingga 2014, Baba Vanga pernah meramalkan akan berlakunya perang nuklear namun keadaan sepanjang tempoh empat tahun itu baik-baik sahaja tanpa sebarang perang nuklear.

Ramalan Baba Vanga yang lain:

  • gempa bumi besar-besaran sehingga menyebabkan tsunami besar dan melenyapkan sebahagian besar Asia termasuk Pakistan, India, China, Jepun dan Indonesia
  • Eropah yang hancur kerana masalah ekonomi
  • meteor raksaksa mendarat di Rusia pada 2019
  • Presiden Rusia, Vladimir Putin berdepan ancaman bunuh dari dalaman
  • Rusia menguasai dunia

Biodata Baba Vanga

Sudah pun meninggal dunia sejak 24 tahun lalu, Baba Vanga dibesarkan di sebuah ladang menjadi buta akibat daripada ribu pasir di usia 12 tahun.

Menurut pengikut dan peminat beliau, Baba Vanga menggunakan deria kedua untuk meramal apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Beberapa Kali Ramalannya Tepat, Nama Baba Vanga Jadi Sebutan Dunia 2

Digelar sebagai peramal masa hadapan, pemilik nama Vangelia Pandeva Dimitrova (1911-1996) ini juga dikenali dengan nama Nostradamus dari Balkan.

Pendapatan meningkat hingga 85%

Pada 1979, pendapatan Baba Vangsa meningkat sehingga 85% di atas ramalan Rusia menjadi ‘penguasa dunia’ selepas Eropah menjadi seperti ‘gurun’.

“Semua akan cair, seolah-olah ais, dan hanya satu tidak tersentuh; kemenangan Putin, kemenangan Rusia.”