
Bayi Lelaki Hadiah Syawal Daripada Oksana Untuk Sultan Kelantan
Sebelum ini, Daily Mail pernah melaporkan berita perkahwinan diraja di antara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bersama Oksana Voevodina pada November lalu. Namun sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak istana berkenaan hal tersebut.
Selepas desas desus perkahwinan diraja tersebut, Sultan Muhammad V yang dipilih sebagai YDPA pada 14 Oktober mengangkat sumpah pada 13 Disember telah meletak jawatan pada 6 Januari 2019 yang berkuatkuasa pada hari tersebut.
Semalam, sebuah portal Rusia telah melaporkan bahawa baginda sultan telah menimang cahaya mata sulungnya hasil perkahwinannya dengan bekas Ratu Cantik Rusia pada 21 Mei lalu. Berita yang didakwa diumumkan Oksana dengan rasa teruja di laman Instagram milik beliau.
Oksana dikatakan telah melahirkan rasa penghargaannya kepada baginda sultan kerana memilih dirinya sebagai suri hidup dan kehadiran bayi lelaki mereka telah melengkapkan kehidupannya.
“Saya cukup menghargai dan berterima kasih kepada suami saya dengan kehadiran bayi kami. Kini kami sudah bertiga. Terima kasih kerana memilih kami untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tuanku.”
Tahniah daripada kami buat baginda sultan dan Oksana atas kelahiran bermakna ini. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
Shadows Die Twice.
SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.