Bayar Tambang Bas Dengan Sampah

Bayar Tambang Bas Dengan ‘Sampah’, Ini Cara Surabaya Didik Penduduk Jaga Kebersihan Bandar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pulau Mantanani Sabah yang terletak di kawasan barat laut Kota Belud mengumpulkan 3 buah pulau yang terpencil iaitu Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan. Untuk ke pulau ini, anda perlu menempuh 55 minit perjalanan dengan menaiki bot laju daripada Jeti Kuala Abai.

Pulau Mantanani Sabah
Sumber: Pelancong Tegar

Bukan sahaja terkenal sebagai pusat bagi aktiviti menyelam, Pulau Mantanani pada suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan pelancong melihat habitat dugong. Menjanjikan pelbagai hidupan laut yang boleh dilihat dari jarak 40 meter, pulau ini memang menjanjikan suasana yang sesuai untuk bersantai.

Anda takut bosan? Jangan risau, anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain bola tampar, mengutip ketam di persisiran pantai dan berkayak untuk menghilangkan kebosanan. Anda juga boleh berjalan di sekitar pulau dan melihat sendiri kehidupan orang tempatan yang majoritinya bekerja sebagai nelayan.

Tidak perlu ke Krabi, Thailand atau Boracay, Filipina untuk menjamu mata dengan pemandangan air laut yang kebiru-biruan kerana Pulau Mantani ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pulau-pulau terkenal itu. Plankton laut yang seakan-akan bercahaya pada waktu malam memang menambahkan lagi kecantikan pulau tersebut.

Pulau Mantanani Sabah
Sumber: Pelancong Tegar
Pulau Mantanani Sabah
Sumber: Sabah Tourism Attraction

Buat penggemar makanan laut, anda boleh makan makanan laut segar sebanyak mana yang anda mahu kerana di sini akses kepada hidupan laut adalah sangat mudah dengan harga yang sangat berbaloi.

Bukan itu sahaja, pelbagai spesis burung yang susah dijumpai juga boleh dilihat di Pulau Mantanani ini jika anda menggunakan laluan pusat pulau. Antaranya ialah Nicobar Pigeon, Pink-necked Green Pigeon dan Metallic Pigeon.

Pulau Mantanani Sabah
Sumber: Ocean Park & Bird Of Singapore

Jika anda memang ada perancangan ke Sabah, jangan lupa untuk singgah di Pulau Mantanani sekurangnya untuk 2 hari bagi melihat dan menikmati keindahan pulau ini secukupnya.

Sumber: Mari Mari Mantanani Island