Bawa Tema Klise, Drama ‘My Lecturer My Husband’ Curi Perhatian 1

Bawa Tema Cinta Klise, Drama Adaptasi Wattpad ‘My Lecturer My Husband’ Curi Perhatian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Biarpun bawa tema cinta klise, drama adaptasi Wattpad My Lecturer My Husband ini telah pun berjaya curi perhatian penonton.

Buat peminat drama dari seberang, pastinya pernah terdengar mengenai drama adaptasi daripada penulis buku best seller dari Wattpadd, Gitlicious iaitu My Lecturer, My Husband.

Dibintangi Reza Rahadian dan Prilly Latuconsina, filem ini membawa tema klise cinta aturan orang tua.

BACA: 5 Filem Lakonan Reza Rahadian Yang Wajib Anda Tonton Di Netflix

Inggit yang merupakan seorang pelajar kolej telah dijodohkan dengan Arya, seorang tenaga pengajar di kolej Inggit oleh ibu bapa Inggit. Tetapi, Inggit sudah pun mempunyai kekasih iaitu Kara.

Mengikut kemahuan ibu bapanya, Inggit terpaksa bersetuju dan berkahwin dengan si dosen killer atau pun lebih dikenali oleh rakan-rakan Inggit sebagai kanebo kering.

Sudah pun ditayangkan sebanyak enam episod, drama pendek lapan episod ini berjaya mencuri perhatian bukan sahaja dalam kalangan peminat drama di Indonesia tetapi juga peminat drama di Malaysia.

Bawa Tema Klise, Drama ‘My Lecturer My Husband’ Curi Perhatian

Tonton trailer drama adaptasi Wattpad My Lecturer My Husband secara rasmi di sini:

Selain daripada drama ini, ada beberapa filem Reza Rahadian yang wajib anda tonton sekiranya anda mencari hiburan tontonan negara seberang.

Buat peminat filem dan drama dari seberang, pastinya nama Reza Rahadian bukanlah satu nama yang asing. Mendapat jolokan sebagai pelakon nombor satu Indonesia, Reza Rahadian terkenal sebagai pelakon versatile yang boleh membawa apa sahaja watak yang diberikan dengan baik.

Populariti yang melonjak naik dengan siri filem Habibie & Ainun, filem tersebut juga ada menggandingkan Reza bersama Bunga Cinta Lestari yang melakonkan watak Ainun.

Malah siri filem My Stupid Boss juga boleh membuatkan anda ketawa tanpa henti!