TGV

‘Bawa Selimut Sendiri,’ TGV Jawab Isu Kebersihan Kerusi Beanie Hall

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

17 Mac lalu kecoh di laman Twitter tentang sebaran tangkapan skrin papar yang ditulis oleh seorang bekas pekerja TGV mengenai tahap kebersihan di Beanie Hall.

Individu tersebut menyuruh mereka yang mahu menonton di Beanie Hall supaya membawa selimut sendiri sebagai alas beanie seat yang kotor akibat perbuatan tidak senonoh sesetengah penonton.

TGV

Skrin papar yang dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter itu sudah diulang kicau lebih 2,400 kali telah mendapat perhatian daripada pihak TGV sendiri.

Memandang serius dakwaan itu, pihak TGV meminta maklumat lanjut daripada mereka yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai insiden tersebut.

TGV

Sentiasa berusaha meningkatkan standard dalam memberikan keselesaan dan tahap kebersihan dalam panggung, kakitangan TGV sentiasa bersedia untuk menghalau mana-mana individu, pasangan atau kelompok yang berpelakuan tidak senonoh keluar daripada premis panggung. Maka, kita akan dapat TGV Beanie Hall pasti akan lebih baik selepas ini.

Untuk pengetahuan anda yang kaki wayang, kini anda boleh mendapatkan ‘Popcorn Bucket’ dan tumbler isian semula dengan harga serendah RM5.90 Di TGV. Atas usaha untuk menghijaukan Bumi, TGV menawarkan dua produk khas iaitu popcorn bucket dan tumbler yang mana boleh isi semula popcorn dan minuman anda.

Jadi, setiap kali anda pergi menonton wayang di mana-mana cawangan TGV, hanya perlu bawa popcorn bucket dan tumbler sahaja untuk mengisi semula popcorn dan minuman kegemaran anda serendah RM5.90!

Boleh membuat pengisian semula pada bila-bila masa sepanjang tahun!

Untuk mendapatkan popcorn bucket dan tumbler isian semula ini perlu ke cawangan TGV berdekatan anda dengan hanya RM29.90 sahaja dan anda boleh menikmati isian semula seterusnya pada harga yang tertera di atas. Jimat bukan?!

Maklumat lanjut boleh ke pautan ini.

Sementara itu, pesaing pawagam TGV, GSC pula menawarkan pembelian tiket wayang di platform Shopee dengan harga serendah RM6.00!

Nak tahu macam mana? Ini step yang beliau kongsikan. Tapi sebelum itu pastikan anda dah pilih nak tengok filem apa dan di mana.

Ada sahaja cara yang membolehkan kita rakyat marhaen berjimat dalam berbelanja di zaman yang serba mahal ini. Yang penting tak payah susah-susah beratur panjang.