49B20FF6-0C15-40AE-ACE0-E156F6574500

Batu Disangka Ketulan Emas, Tapak Pembinaan Projek Tebatan Banjir Dibanjiri Pengunjung Sehingga Terpaksa Ditutup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selasa lalu, tular satu hantaran di media sosial Facebook berkenaan penemuan ketulan emas di sebuah tapak pembinaan projek tebatan banjir yang sedang diusahakan kerajaan oleh seorang pekerja.

Selepas tularnya berita tersebut, kawasan berkenaan dibanjiri penduduk serta orang luar yang ghairah mahu menemui objek berkenaan sehingga lewat malam menyebabkan pihak pengurusan projek terpaksa menutup kawasan berkenaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Namun selepas ketulan berkenaan dibawa ke kedai emas tempatan, pengusaha mengesahkan ia adalah ketulan batu biasa dan bukannya ketulan emas seperti yang tular di media sosial.

6DC71E5A-3CCB-43CC-AB44-283ABED86E5A
Sumber: Facebook

Menurut makluman seorang penduduk menerusi media Harian Metro, sehingga hari ini masih ada yang menelefonnya bagi mendapatkan kepastian sama ada objek yang dijumpai itu ketulan emas atau pun bukan.

Tahukah anda, di pasaran gelap Sri Lanka, kunyit ditukarkan dengan emas kerana mereka percaya kunyit yang kaya dengan sifat antioksidan dan anti radang ini boleh membantu orang dalam meningkatkan daya tahan mereka terhadap penyakit.

Di Sri Lanka, penggunaan kunyit semakin meningkat sejak wabak pandemik COVID-19 melanda termasuklah dalam kalangan pengamal kesihatan, menyebabkan permintaan melambung tinggi, sekali gus membuka peluang kepada penyeludup untuk menyeludup kunyit sebagai produk penjualan baharu yang menguntungkan pada masa bekalan banyak terputus.

Baca lanjut: Kunyit Ditukar Dengan Emas Di Pasaran Gelap Sri Lanka