
Batalkan Puasa Qada’ Tanpa Keuzuran Adalah Berdosa – Mufti Wilayah
Tahukah anda, perbuatan batalkan puasa qada’ tanpa uzur adalah berdosa?
Selepas daripada meraikan 1 syawal, ramai umat Islam yang berebut mengerjakan puasa enam hari dari bulan Ramadan kerana fadilatnya sama seperti berpuasa sepanjang tahun.
BACA: Isu Transgender Tunai Umrah, Ini Hukum Yang Wajib Mereka Patuhi
Namun ramai yang tidak tahu perbuatan membatalkan puasa qada’ adalah berdosa sekiranya tidak mengalami keuzuran kerana termasuk dalam puasa wajib.
Puasa enam memang dituntut oleh Baginda SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub al-Ansari RA, sabda Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud,
Maksudnya:
Sesiapa yang puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun.
– Hadis Riwayat Imam Muslim (1164)
Membatalkan puasa sunat dengan sengaja dan tidak diwajibkan mengqada’kannya adalah makhruh namun kerana puasa qada’ adalah sama seperti puasa wajib, maka hukum membatalkannya adalah berdosa tanpa uzur yang disyariatkan seperti haid dan musafir, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani’ RA yang membawa maksud,
Maksudnya:
“Wahai Rasullullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqada’kan sesuatu (puasa)”.
Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak memudaratkan (memberi dosa) kepadamu sekiranya ia adalah puasa sunat”
– Hadis Riwayat Abu Daud (2456)
Baca lanjut mengenainya di artikel yang disiarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: AL-KAFI #1299: ADAKAH DIKENAKAN KAFFARAH MEMBATALKAN PUASA DENGAN BERJIMAK KETIKA SUAMI PUASA ENAM DAN ISTERI PUASA QADA’

Puasa Qada’ vs Puasa Nazar
Untuk pengetahuan ada juga antara puasa qada’ dan puasa nazar, adalah wajib untuk melunaskan puasa qada’ Ramadan berbanding puasa nazar kerana perintah melaksanakannya lebih kuat berbanding puasa nazar.
Baca lanjut di AL-KAFI #804 : PUASA QADHA’ RAMADHAN LEBIH UTAMA BERBANDING PUASA NAZAR
Gabung Puasa Enam dengan Puasa Qada’
Isu menggabungkan puasa ini masih lagi berlegar dalam kalangan masyarakat sehingga hari ini. Di sisi para ulama’, masalah ini dikenali sebagai tasyrik (mengabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat).
Mengikut pendapat yang muktamad, adalah lebih afdal untuk seseorang itu menjadikan puasa qada’ dan puasa enam di bulan Syawal. Namun menyatukannya adalah tetap DIHARUSKAN dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif.
Baca lanjut di AL-KAFI #1275: BOLEHKAH NIAT PUASA ENAM DAN PUASA GANTI SECARA SERENTAK?
Trending now



