Baru Sahaja Lengkap Disempurnakan Pemasangan Puncak, Bangunan Kedua Tertinggi Dunia Dah Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme 3

Baru Sahaja Nak Bergelar Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, Menara 118 Dah Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru sahaja nak bergelar bangunan kedua tertinggi dunia, Menara 118 dah jadi ‘mangsa’ vandalisme.

3o November lalu, Malaysia sekali lagi berjaya mencatatkan rekod dunia apabila bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah pun disempurnakan pemasangan puncak menara oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dengan lengkapnya pemasangan puncak Menara Merdeka 118 ini menjadikan ia bakal berjaya dinobatkan sebagai menara kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 678.9 meter, satu tangga di belakang bangunan pencakar langit Burj Khalifa.

Untuk pengetahuan anda, Merdeka 118 yang diinspirasikan dari figura Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj ketika melaungkan merdeka.

Namanya pula diambil menerusi mercu tanda sejarah negara iaitu Stadium Negara dan Stadium Merdeka kerana lokasinya yang menghadap kedua-dua mercu tanda itu.

Namun belum sampai dua minggu bangunan yang dibina dengan nilai RM5 bilion ini lengkap pemasangan puncaknya, salah seorang pengguna Facebook berkongsi yang ia sudah pun dicemari dengan contengan tulisan yang berwarna-warni.

Baru Sahaja Nak Bergelar Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, Menara 118 Dah Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme
Sumber: Facebook Safwan Seth

Menerusi perkongsian daripada akaun Facebook Safwan Seth, dua keping gambar Menara 118 yang menjadi ‘mangsa’ vandalisme ini cukup membuatkan rakyat Malaysia geram, biarpun di media sosial ada yang pernah menyatakan mereka tidak bangga dengan pembinaannya.

Baru Sahaja Nak Bergelar Bangunan Kedua Tertinggi Dunia, Menara 118 Dah Jadi ‘Mangsa’ Vandalisme
Sumber: Facebook Safwan Seth

Difahamkan, menara tersebut kini sudah siap 85 peratus, dengan pemasangan lantai menara telah mencapai Tingkat 118 manakala pemasangan panel kaca telah dipasang hingga ke Tingkat 114.

Kata, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, puncak menara itu berukuran 160 meter dengan berat 1,015 tan iaitu bersamaan dengan berat 852 buah kereta Proton Saga.

Di Malaysia, isu vandalisme bukanlah sesuatu yang asing. Lihat sahajalah episod semasa pembukaan Taman Tasik Titiwangsa. Belum sampai sehari dibuka, sudah pun dipenuhi dengan contengan yang menyakitkan mata.

Baca lanjut di: Tidak Sampai Sehari Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Jadi Mangsa Vandalisme