
Baru Pecah Rekod Dunia Di Dubai, Bonnie Hadiahkan Malaysia Pingat Emas Di Paralimpik Tokyo 2020
Baru pecahkan rekod dunia di Dubai, Bonnie hadiahkan Malaysia pingat emas di Paralimpik Tokyo 2020.
Jun lalu, atlet para negara, Bonnie Bunyau Gustin menunjukkan prestasi luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di UAE dengan mengangkat bebanan seberat 230kg dalam kategori lelaki atas 72kg.
BACA: Saduran Emas Terhakis, Atlet Gimnastik China Persoal Kualiti Pingat Olimpik Tokyo
Hari ini, beliau sekali lagi mencipta rekod apabila berjaya menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama di Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara sama dengan angkata terbaik seberat 228kg.
Malah Bonnie juga berjaya memecahkan rekod temasya yang sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin iaitu dengan angkatan seberat 227kg semasa Olimpik Rio 2016.
Bermula dengan angkatan seberat 217kg, 225kg, 228kg, Bonnie bagaimanapun gagal memecahkan rekod dunia milik beliau dengan angkatan seberat 231kg.
Manakala pingat perak dimiliki oleh atlet Mesir, Mahmoud Attia dengan angkatan 191kg dan gangsa pula milik atlet Great Britain, Micky Yule dengan angkatan seberat 182kg.
Sebelum ini, pelekat dikatakan menjadi punca penyertaan atlet renang para, Nur Syaiful Zulkafli dibatalkan.
Situasi berkenaan nyata mengecewakan kerana ia bukan berpunca daripada pihaknya.
Menurut Syaiful, sebelum pertandingan beliau sudah berjumpa dengan pegawai bertugas dan tiada jawapan pasti yang diterima; boleh tanggal atau tampal.
Malah sehari sebelum pertandingan, soalan sama ditanyakan sekali lagi kepada pegawai petugas sama ada beliau sebagai atlet renang boleh memakai pelekat dan jawapannya tetap sama.
Bila tiada jawapan pasti yang diterima, Syaiful kemudiannya memilih untuk menampal pelekat bagi mengurangkan rasa sakit pada bisul yang sudah pun bernanah.
Untuk pengetahuan anda, Persatuan Renang Antarabangsa (FINA) merupakan pertubuhan organisasi antarabangsa bagi acara sukan renang dan acara berkaitan yang diperakui oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
FINA bertugas dalam menggubal peraturan antarabangsa bagi sukan renang, renang perairan terbuka, terjun, polo air dan renang berirama.
Dalam satu fail PDF peraturan FINA ada menyatakan sebarang pita pada badan tidak dibenarkan melainkan ianya diluluskan oleh Jawatankuasa Perubatan Sukan FINA.
Baca lanjut di: Kenapa Pelekat Jadi Punca Penyertaan Atlet Renang Malaysia Ini Di Paralimpik 2020 Dibatalkan?