
Baru Nak Tunjuk Berjaya Pancing Udang Galah, Sekali Dah Kena Sepit
Baru nak tunjuk berjaya pancing udang galah, sekali dah kena sepit.
Memancing bukan sekadar hobi tetapi juga merupakan satu sukan terapi gaya hidup sihat. Dengan memancing, seseorang itu dapat mencari ketenangan dan menghilangkan tekanan daripada masalah yang dihadapi dalam kehidupan.
Terbaru, satu video di TikTok menjadi tular selepas gelagatnya mahu menunjukkan hasil tangkapan beliau itu berakhir tragedi lucu. Baru nak tunjuk berjaya pancing udang galah, sekali dah kena sepit.
Belum sempat ‘berlagak’ dah kena sepit di pipi.
@mr_coolz432 Simpan buat kenangan.. nikmatnya kena sepit udang galah kat pipi.. 😅😫🤭 #ssr_crew#worldcrew
Reaksi beliau menampakkan bahawa beliau jelas terkejut dengan kejadian tersebut dan pantas cuba melepaskan sepitan tersebut.
Yang menambah rasa lucu netizen apabila beliau kemudiannya menjelirkan lidah ke arah kamera selepas mengurut pipinya yang kesakitan.
Sudah ditonton lebih 536,800 kali, lelaki yang menggunakan id @mr_coolz432 ini dilihat banyak menghasilkan video-video lucu dan menghiburkan.
@mr_coolz432 #duet with @mokcun31 Mano setan aihh.. 😬🙏🏻🤣 #ssr_crew#worldcrew
Antara cerita lucu yang berlaku dalam minggu ini ialah apabila dua orang lelaki tersalah memasuki kereta yang salah selepas terlampau teruja membeli makanan.
Salah seorang daripadanya hanya sedar selepas membuka pintu kenderaan tersebut sebelum masing-masing kelihatan bingung mencari kenderaan yang betul sebelum berlari dalam keadaan menahan malu.
BACA: Teruja Beli Makanan Sampai Salah Masuk Kereta, Tonton Reaksi Lelaki Ini Lari Tahan Malu
Sudah dikongsi lebih 8,000 kali dan mendapat 7,600 tanda suka, video tersebut nyata berjaya menghiburkan orang ramai. Malah ada yang turut berkongsi pernah melalui momen yang sama seperti itu.