
Baru Nak Mula Berkebun? Aplikasi Ini Bantu Anda Jaga Tanaman Dengan Lebih Baik
Baru Nak Mula Berkebun? Aplikasi Ini Bantu Anda Jaga Tanaman Dengan Lebih Baik.
Sejak rakyat kini menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yag dilaksanakan kerajaan, ramai yang mula mencari hobi baharu seperti menunjukkan kebolehan berkebun di rumah.
Sama ada di rumah teres dengan tanah yang terhad, atau rumah pangsa, semuanya boleh bercucuk tanam.
Sejak kerajaan mengenakan PKP pada fasa pertama ramai yang sudah mula menjalankan aktiviti berkebun dan kebanyakkan mereka menanam tanaman yang cepat ditunai misalnya sawi, bayam Brazil, kangkung, dan kailan.
Selain tanaman sayur-sayuran, ada juga yang memilih untuk menama pokok bunga dan hiasan untuk kediaman tampak lebih menarik.
Tidak kisahlah apa tanaman, yang penting tumbuhnya segar bugar agar terasa sejuk sahaja mata bila melihatnya.
Sejak aktiviti berkebun ini menjadi antara aktiviti paling banyak yang dilakukan rakyat Malaysia, banyak tip dan kaedah bagaimana untuk bercucuk tanam terutama bagi mereka yang baru mula berjinak dalam aktiviti ini.
Namun begitu, tidak semua orang pandai mengaplikasikan tip yang dikongsikan dalam media sosial.
Sudah ikut tip yang diberikan namun tanaman tetap tidak subur seperti yang diharapkan.
Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Sebenarnya terdapat perbezaan cara penjagaan bagi setiap pokok.
Bagi mereka yang belum mahir dalam hal penjagaan pokok sama ada sayur-sayuran atau tanaman hiasan, mungkin aplikasi ini dapat membantu mengatasi masalah anda.
Anda boleh menggunakan aplikasi NatureID yang memberikan info mengenai penjagaan pokok dengan lebih jitu.
Bukan itu sahaja, sekiranya anda tidak mengetahui nama tanaman, ambil sahaja gambar dan aplikasi ini akan mengesan sertan memberi info yang berkaitan dengan tanaman itu.

Bagus, bukan?
Jadi, anda boleh mengetahui apa kesilapan yang dibuat jika tanaman sebelum ini tidak menjadi.
Yang rasa tertarik dengan aplikasi ini, cepat-cepatlah beli tanaman pilihan dan manfaatkan masa sepanjag tempoh PKP ini.
BACA: Pokok Hiasan Tular Ini Mampu Tapis Habuk? Ini Fakta Sebenarnya
Sumber: Wan Noruddin Rasol