
‘Baru Faham Kenapa Sesetengah Kopi Cecah RM15’ – Pemuda Kongsi Kisah Awal Berniaga Rasa Untung Banyak Rupanya…
Menjual kopi sama ada tradisional atau sedikit hipster ketika ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pelbagai nama diberikan bersesuaian dengan konsep perniagaan yang diterapkan peniaga masa kini dan apa yang membezakan semua kopi ini adalah dari segi rasanya.
Tidak dinafikan ramai juga warga Malaysia yang mempunyai jiwa kopi, mencuba pelbagai jenama namun ada segelintir pihak pasti akan mempersoal tentang harga bagi secawan atau sebotol kopi yang dijual pengusaha kecil dengan membandingkan kopi jenama terkenal dunia.
Sebenarnya, bukanlah sengaja seorang peniaga meletakkan harga bagi satu minuman dengan harga yang dianggap mahal bagi sesetengah pihak. Banyak perkara perlu diambil kira lebih-lebih bagi anda yang mahu mula berniaga secara serius.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Naim Fahmi tentang awal perniagaan kopi botolnya yang disangkakan mendapat untung tinggi namun terpana selepas terjadi satu peristiwa.
Aku penjual kopi yang insaf
Aku nak jual kopi botol. Aku nak jadikan perniagaan ini serius. Sekali lagi, aku seorang penjual kopi botol hipster vintage minimalist kekinian. Kopi botol aku berharga RM10 untuk saiz botol 350ml.
Selepas membuat kira-kira, modal aku cuma RM4.25 sebotol, jadi bila jual RM10 dapatlah “untung” RM5.75 sebotol.
Murah-murah je, lagipun ramai buat kopi botol sekarang. Persaingan tinggi, mahal-mahal nanti orang bising.
Permulaan ini aku target jualan sebanyak 10 botol sehari. Dengan harapan dapat RM100 sehari dan “untung” RM57.5 sehari.
Kalau 25 hari buat kerja, “untung” RM1437.50. Masyuk. Sikit lagi nak sailang gaji minima bro. Untung sebulan nanti bolehlah beli chiller sebiji. Ini impian setiap pengusaha kopi botol gelombang tiga di Malaya.
Menurut Naim, seminggu pertama berniaga melepasi sasarannya dan pada ketika itu juga ada peluang viral memandangkan produknya sedang trending.
Apabila memasuki bulan kedua berniaga, ibunya meminta Naim menyediakan peti ais sendiri untuk berniaga secara serius.
Mesin kopi masalah
Beritahu masalah, namun lain pula jawapan yang diharapkan
Naim terpana apabila dikatakan tidak serius berniaga walaupun telah menghabiskan segala kudrat daripada marketing hinggalah kepada penghantaran.
“Masalah orang kita, bila meniaga, dapat lebih sikit dah anggap untung. Padahal kita lupa upah untuk diri sendiri, kos asset dan overhead. Elektrik tak kira, air tak kira. Engkau memang tak rasa kos-kos ini sebab stay rumah mak kau. Cuba kau tanggung sendiri semua kos, ibarat gali lubang tutup lubang..”
Susah juga ya bila jadi peniaga kecil nak letak sesuatu harga lebih-lebih dengan keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.
Sumber: Naim Fahmi