
Baru Dilancarkan 4 Jam, Klip Video Lagu ‘Blackpink – Kill This Love’ Sudah Capai Tontonan 10 Juta
Dilancar lebih kurang 10 jam lalu, klip video lagu baru kumpulan Blackpink, iaitu ‘Kill This Love‘ sudah pun mencapai tontonan lebih 22 juta kali dan menjuarai carta sohor kini nombor 1 YouTube.
Buat masa sekarang, klip video ini telah berjaya memecahkan rekod tontonan 10 juta yang sebelum ini dipegang oleh BTS pada Ogos lalu dengan lagu ‘IDOL’ (4 jam 16 minit) dengan perbezaan masa hanya 3 minit (4 jam 13 minit).
‘Kill This Love’ merupakan rap track yang menonjolkan bakat rap Lisa dan Jennie dalam album mini kedua bersama empat lagi lagu lain dan remix lagu hit mereka ‘DDU-DU-DDu-DU’.
Klip video lagu ‘DDU-DU-DDU-DU’ di YouTube yang dilancarkan pada 15 Jun 2018 pun sudah mencapai tontonan sebanyak 736 juta kali.
Tonton klip video terbaru Blackpink – ‘Kill This Love’ di bawah:
Terkini, drama Snowdrop yang dijadualkan akan ditayangkan pada pertengahan 2021 akan menampilkan Jisoo Blackpink dan Jung Hae-in sebagai pelakon utama turut terima tempias yang sama.
Namun JTBC selaku stesen televisyen yang bertanggungjawab menjelaskan bahawa Snowdrop tidak akan menempatkan tajaan PPL (pay per lead) bagi mengelakkan kontroversi.
Malah sinopsis Snowdrop yang mengisahkan mengenai seorang mahasiswa yang masuk ke dalam asrama perempuan dalam keadaan berlumuran darah menambah spekulasi yang mana beliau adalah seorang perisik dan bukannya mahasiswa.
Dengan latar belakang tahun 1980-an, tahun 1987 adalah tahun penting dalam gerakan demokrasi Korea Selatan yang membawa kepada penubuhan republik sekarang. Pada ketika itu Badan Perancangan Keselamatan Negara (NSP) merupakan sebahagian daripada rejim penguasa.
Mengambil langkah selamat, sebuah syarikat perabot, Heungil Furniture juga dilaporkan telah memohon untuk membatalkan tajaan mereka daripada drama ini.
Baca lanjut di: Mahu Elak Kontroversi, Drama Akan Datang Lakonan Jisoo Blackpink Enggan Terima Tajaan Produk