Foto Facebook MBPP

Baru Dibuka Tak Sampai 2 Minggu, Jalan Tertinggi Di Malaysia Ini Dah Dipenuhi Dengan Sampah Sarap

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendedahkan lebuh raya yang memiliki rekod jalan tertinggi di negara iaitu pada paras 61.5 meter kini dipenuhi dengan sampah.

Pendedahan tersebut dibuat melalui akaun Facebook rasmi MBPP yang memuat naik gambar kerja-kerja pembersihan yang terpaksa dilakukan para petugasnya pada 25 Januari lalu.

Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) yang baru dibuka kepada orang ramai pada 13 Januari yang lalu merupakan laluan alternatif untuk penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya.

Sebelum ini, pernah dilaporkan jejambat tertinggi yang menjadi ikon terbaru Pulau Pinang tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan raya untuk menikmati pemandangan dan berswafoto.

BACA: Buang Sampah Merata Antara Punca Banjir Teruk Pada Sabtu, Kata JPS Kuala Lumpur

Selain dari membuang sampah, demi keselamatan orang ramai, MBPP turut menasihatkan agar pengguna jalanraya tidak lagi mementingkan diri sendiri dengan memberhentikan kenderaan di bahu jalan selepas ini.

1 – Tangkap layar dari Facebook MBPP
– Tangkap layar dari Facebook MBPP

PEMBERSIHAN JALAN BERKEMBAR, JALAN PAYA TERUBONG (JALAN BUKIT KUKUS)

25 Januari 2022

Para petugas pembersihan telah dikerahkan untuk membersihkan segera sampah sarap yang telah dibuang sewenang-wenangnya di Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) hari ini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang berasa kesal dengan sikap sesetengah para pengguna jalanraya yang tanpa segan silu membuang sampah keluar dari kenderaan semasa memandu. Ada juga sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dengan memberhentikan kenderaan dibahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) untuk berswafoto pemandangan indah dan meninggalkan sampah sarap.

Kelakuan seumpama ini seolah-olah mereka tidak menghormati keindahan alam sekitar dan juga keselesaan para pengguna yang lain.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru kepada semua para pengguna jalanraya agar menjadikan tabiat membuang sampah di tempat yang betul sebagai sebahagian daripada amalan dan etika yang boleh dibanggakan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga  berharap agar semua pengguna jalanraya tidak memberhentikan kenderaan di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) demi keselamatan.

#beresponsible

BACA: 32 Tahun Selepas Tragedi Hitam Runtuhnya Jambatan Terminal Feri Sultan Abdul Halim

Sumber: Facebook MBPP