Baru Berusia 12 Tahun, Kanak-Kanak Ini Sudah Bergelar Saintis Data Di Syarikat Perisian

Jika ditanya apa yang kita mahukan pada usia 12 tahun, pasti ramai daripada kita akan memberikan jawapan cita-cita impian yang ingin dicapai di masa hadapan.

BACA: Kanak-Kanak Ini Catat Rekod Dunia Pegang Ijazah Kejuruteraan Elektrik Pada Usia 9 Tahun

Namun ianya berbeza bagi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ini. Dalam ‘kesibukan’ rakan-rakan seusianya bermain, bersosial dan menjalani sesi persekolahan, Siddharth Srivastav Pilli sudah bekerja sebagai seorang saintis data di sebuah syarikat perisian Hyderabad.

Menjalankan peranan sebagai tempat rujukan tentang pengekodan, Siddhart yang bekerja di Montaigne Smart Business Solutions sudah meletakkan impian dan matlamat tentang apa yang akan beliau capai di masa akan datang.

Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Saintis Data 1

Menjadikan Tabmay Bakshi yang sudah bekerja di Google sejak berusia 13 tahun sebagai idola, Siddha masih menjalani sesi persekolahan biasa di Sri-Chaitanya Techno Schools turut menjadikan ayahnya sebagai inspirasi kerana mampu mempelajari mengenai pengkomputeran awan (cloud computing) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence) di usia yang muda.

Gemar bermain permainan video, Siddhart menjadikannya sebagai inspirasi untuk beliau mencipta permainan video yang baharu dan menjadi seorang usahawan yang memberi kepada masyarakat.

Sumber: Live Mint

Pembongkaran lokasi rahsia kota London oleh pengarah Last Christmas.

LAST CHRISTMAS | Dari Pengarah Paul Feig

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.