
Baru Berbalas WhatsApp Dalam Beberapa Jam, Abang Tewas Melawan COVID-19
Bahana COVID-19 yang sedang melanda negara kita bagaikan tiada akhir, bahkan ia semakin mengganas. Satu demi satu nyawa sebahagian daripada kita tewas dengan pantas.
Begitulah juga dengan perkongsian seorang pengguna Twitter, dengan panggilan Cikgu yang baru sahaja kehilangan abang kandungnya akibat wabak merbahaya ini. Yang menyedihkan adalah arwah abang beliau sempat merakamkan perbualan melalui WhatsApp bagi menghantar pesanan terakhir kepada adiknya.
Ikuti perkongsian di bawah.
“Abangku tewas melawan COVID-19”
Seharian aku termenung seakan tak percaya abangku dah tiada 😓
Kami baru je berbalas WhatsApp tetapi selang beberapa jam kemudian pihak hospital telefon kata abang dah meninggal dunia 😭
Abangku tewas melawan covid19
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
AL-FATIHAH pic.twitter.com/LJhJb8js5R
— Cikgu (@Aweeff) August 12, 2021
Melalui perbualan WhatsApp, adiknya masih mengharap abangnya mampu melawan wabak penyakit ini, maka beliau seakan menafikan apa yang abangnya cuba sampaikan.
Maka, diselubungi penuh rasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hajat abangnya untuk merasa air bergas, pemilik akaun Twitter ini terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya telah pergi meninggalkannya.
Rasa terkilan tak sempat minta maaf sebab marah abang, bila dia suruh belikan air gas. Byk lagi dosa lain aku dgn arwah
Prosedur urusan jenazah sangat ketat & rumit. Penat aku menunggu lama di Hospital tetapi alhamdulillah berjalan dgn lancar. Kagum aku pada frontliners semua 🙇♀️ pic.twitter.com/YcRjwRbWMh
— Cikgu (@Aweeff) August 12, 2021
Namun, janganlah disalah anggap mengapa adik menolak permintaan abangnya. Abangnya didapati memiliki pelbagai penyakit dan di antaranya adalah masalah obesiti. Mungkin kerana fikirkan akan tahap kesihatan abang, adiknya terpaksa menolak permintaan abang yang inginkan minuman manis berlebihan.
Apa yang menarik perhatian, seumur hidup tidak pernah ucapan sayang diungkapkan antara mereka. Namun, pada kali ini, abang dengan luhur mengucapkan sayang kepada adiknya buat kali terakhir.
Aku tidak menyalahkan sesiapa bagaimana arwah boleh dijangkiti. Dengan situasi semasa, frontliners telah melakukan yg terbaik.
Seumur hidup tak pernah arwah abang atau aku mengatakan ungkapan sayang atau 'I love u' sesama kami. Biasalah adik beradik lelaki kan memang begini 😓 pic.twitter.com/Hdsd5jj4le
— Cikgu (@Aweeff) August 12, 2021
Apa pun yang terjadi, semuanya telah tertulis oleh takdir. InsyaAllah segala urusan keluarga ini dapat dipermudahkan.
Ketahuilah, bahawa nyawa kita ataupun orang yang tersayang boleh ditarik bila-bila masa sahaja. Cuba luangkan masa untuk bersama ahli keluarga kalau tidak banyak pun, sedikit pun sudah mencukupi supaya kita tidak menyesal kemudian hari.
Untuk anda mengenal pasti sama ada mempunyai simptom mengalami jangkitan COVID-19 atau tidak, anda digalakkan untuk memiliki oximeter bagi mengukur tahap kandungan oksigen dalam badan. Selebriti seperti Yuna juga turut mengesyorkannya seperti di dalam artikel ini.