
Baru Beberapa Hari Diuji, Samsung Galaxy Fold Bermasalah?
Samsung Galaxy Fold merupakan telefon episod baharu dalam inovasi teknologi telefon pintar. Ia menjadi telefon pertama dengan paparan LED yang boleh dibuka-lipat yang bakal dilancarkan di Malaysia pada Mei ini dengan harga mencecah lebih RM8000.
Galaxy Fold menampilkan ciri paparan muka depan 4.6 inci dan 7.3 inci apabila dibuka (paparan Infinity Flex), 12GB RAM dan kapasiti memori sebesar 512GB (tiada lagi penggunaan memori luaran MicroSD) dan ada dua bateri membekalkan kuasa 4,380mAh.

Namun, dilaporkan beberapa pengulas telefon yang menguji telefon lipat itu mengalami kerosakan selepas beberapa hari diuji. Mereka mendakwa skirn Galaxy Fold itu mula berkedip dan berubah gelap sebelum padam secara tiba-tiba.
Seorang wartawan Bloomberg, Mark Gurman mendakwa, Galaxy lipat diujinya mula beroperasi secara tidak normal selepas dia menanggalkan pelindung itu dan akhirnya tidak dapat digunakan.
The screen on my Galaxy Fold review unit is completely broken and unusable just two days in. Hard to know if this is widespread or not. pic.twitter.com/G0OHj3DQHw
— Mark Gurman (@markgurman) April 17, 2019
Menurut satu foto yang disiarkan oleh Pengurus Produk Kanan Rangkaian T-Mobile Amerika Syarikat, Desmond Smith, amaran pada bungkusan Galaxy Fold jelas telah menasihatkan pengguna untuk tidak membuang lapisan pelindung.
Dear future #GalaxyFold owners, I know I always say "No one ever read the instructions"… PLEASE READ THIS ONE!!!
(This is the wrap over the screen of the Galaxy Fold) pic.twitter.com/LuQPRfDZIE
— Des (@askdes) April 17, 2019
Bagaimanapun, menurut laporan The Verge, mendakwa telah mengekalkan pelindung itu dan skrinnya tetap rosak.
Bohn menambah bahawa peranti itu seolah-olah mempunyai engsel yang cacat, menyebabkan skrin mengalami gangguan serta permukaan skrin yang tidak rata.
Ia menyebabkan ramai mempersoal sama ada Galaxy Fold boleh menahan penggunaan biasa atau tidak. Buat masa ini, syarikat telefon pintar itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan itu.
Diharapkan pada hari penjualannya kepada umum tidak berlaku sebarang masaah. Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Astro Awani