Baru Beberapa Hari Dibuka, Saloma Link Sudah Jadi Begini

Saloma Link Kotor
Sumber: Cyberjaya Info

Hari demi hari, semakin menarik daya tarikan di ibu negara kita. Selain Taman Tasik Titiwangsa yang berwajah baharu, bandaraya Kuala Lumpur juga memiliki daya tarikan baharu terutama pada waktu malam iaitu di Pintasan Saloma (Saloma Link) yang baru dibuka pada minggu lepas.

Menariknya Saloma Link ini, jambatannya ditaburi dengan cahaya lamu LED dengan berlatarbelakangkan pemandangan pencakar langit KLCC.

Maka, berpusu-pusulah orang awam datang berkungjung ke jambatan itu dengan pelbagai perasaan. Ada yang datang sebagai mengimbau kembali jatuh bangun kehidupan di Kampung Baru, ada yang datang untuk bergambar kenangan di Instagram dan juga sebagai pencinta yang kagum dengan seni rekaan jambatan.

Meskipun begitu, satu sifat yang mungkin tidak sepenuhnya orang kita buang ialah tentang menjaga kebersihan di tempat awam. Twitter Cyberjaya Info memuat naik sebuah gambar kesan tumpahan air berperisa di laluan jambatan.

Saloma Link Kotor
Sumber: Cyberjaya Info

Pastinya tempat tular seperti ini dipenuhi orang ramai dalam masa terdekat. Seharusnya, kita sendiri peka untuk menjaga prasarana barulah sentiasa kelihatan cantik dan terjaga.

Kalau tidak, harapanlah mahu melihat negara sendiri seindah tarikan pelancongan di negara lain.

Sebelum ini, pernah berlaku di Taman Tasik Titiwangsa yang menjadi mangsa vandalisme selepas tidak sampai satu hari pembukaannya.

BACA: Tidak Sampai Sehari Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Jadi Mangsa Vandalisme

Sumber: Cyberjaya Info