Baru Bangun Daripada Koma 6 Bulan Lalu, Lelaki Ini Kongsi Kisah Inspirasi Pekerja Petronas

Baru Bangun Daripada Koma 6 Bulan Lalu, Lelaki Kongsi Kisah Inspirasi Pemuda Petronas Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru bangun daripada koma enam bulan lalu, lelaki ini kongsi kisah inspirasi dua pemuda Petronas.

Manusia sentiasa perlukan kisah-kisah inspirasi untuk terus bersemangat meneruskan kehidupan. Daripada kisah inspirasi yang ditonton, dibaca atau didengar, manusia akan rasa bersemangat dan mempunyai keinginan untuk mengubah diri mereka supaya lebih berjaya.

BACA: Sebagai Rakyat Malaysia, Bantu Dan Isilah Minyak Di PETRONAS

Sebagai contoh, seorang peguam, Wong Fook Meng telah berkongsikan dua kisah inspirasi hasil daripada pertemuan dengan dua orang pekerja di sebuah stesen minyak Petronas di Melaka semasa dalam perjalanan ke pejabat.

Baru Bangun Daripada Koma 6 Bulan Lalu, Lelaki Ini Kongsi Kisah Inspirasi Pekerja Petronas
Sumber: Wong Fook Meng

Kisah pertemuan beliau ini nyata telah berjaya menyentuh hati dan membuka mata rakyat Malaysia terutamanya mereka yang sedang berdepan dengan kesusahan.

https://www.facebook.com/wong.f.meng.1/posts/10159611991741789

Semasa di stesen minyak, Wong dibantu seorang pekerja yang sangat ramah.

Semasa ditanya sudah berapa lama beliau berkhidmat sebagai pekerja di Petronas, pemuda tersebut menjawab baru seminggu selepas beliau disahkan sembuh daripada kecederaan otak akibat kemalangan teruk semasa berusia 18 tahun.

Positif dengan apa yang berlaku, pemuda tersebut kemudiannya memberitahu beliau bahawa fikiran positif membantu dalam proses pemulihannya dan beliau tekad untuk sembuh daripada sakit.

Petronas

Apabila tiba di kaunter pembayaran, juruwang di stesen minyak pula menceritakan bahawa beliau sebenarnya sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan selepas enam bulan terlantar koma.

Daripada pertemuan dengan kedua pemuda tersebut, Wong menegaskan kepentingan sikap positif dalam meneruskan kehidupan.

Antara kisah inspirasi lain yang boleh anda ambil iktibar daripadanya ialah kisah juruterbang yang terpaksa ‘terbang’ di jalanan selepas 10 tahun berada di awanan akibat daripada impak pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia.

BACA: 10 Tahun Di Udara, Pandemik COVID-19 Hempas Juruterbang Ke Jalanan

BACA: Daripada Juruterbang Kepada Pemandu Lori TESCO, #CareerChange Tak Halang Cita-Cita Lelaki Ini