
‘Bar Ribbon’ Latheefa Koya Bukan Pingat Tapi Lencana Pangkat
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berdepan dengan tohmahan masyarakat apabila bar ribbon yang beliau pakai disalah anggap sebagai pingat atau darjah kebesaran pihak istana.
Menjelaskan perkara tersebut, Latheefa Koya memberitahu bahawa bar ribbon yang dikepilkan pada pakaian seragamnya adalah berdasarkan Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM Bab A (Dasar), Bil 1 Tahun 2012 yang mengarahkan seseorang Ketua Pesuruhjaya untuk memakai bar ribbon berdasarkan jawatannya seperti yang disenaraikan.
Namun, terdapat sedikit kekhilafan dalam bar ribbon tersebut yang sudah diperbetulkan. Latheefa turut memaklumkan bahawa butiran di atas baju seragamnya adalah lencana pangkat yang beliau dikehendaki memakainya selaku Ketua Pesuruhjaya dan berdasarkan perintah tetap.
Mengakui bahawa beliau baru sahaja belajar mengenai lencana pangkat, bar ribbon dan pemakaian seragam SPRM, isu butiran pada pakaian seragam Latheefa menerima persoalan daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO serta Setiausaha Agung UMNO.
Sumber: Berita Harian