Adik Bomba

Bapa Mohon Rakyat Malaysia Henti Sebar Video Dan Gambar Adik Bomba Tersilap ‘Angkat Jari’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bapa kepada ‘adik bomba’ yang tular di media sosial kerana kesilapan membuat isyarat ‘mini love’ semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan tempoh hari memohon orang ramai agar berhenti menyebarkan insiden aib anaknya tersebut.

Sambil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekhilafan anaknya itu, dia juga telah berkongsi kronologi kejadian bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Berikut merupakan hantaran mengenai permohonannya tersebut yang dibuat menerusi ihsan laman Facebook Kerajaan Langit Fans:

1 Adik Bomba

Adik Bomba

❤️MOHON HENTIKAN SEBARAN GAMBAR INSIDEN ADIK BOMBA TERSILAP ANGKAT JARI❤️

1) Tindakan segera. Mohon jasa baik semua anakande SHARE post ni seluasnya. Share di Facebook, screenshot dan sebarkan di media sosial lain segera. (IG, Twitter, TikTok)

2) Mewakili pemilik Facebook: Maulana Ahmad Suwito, ayah kepada adik Muhammad Azwar – Adik Bomba yang tular di media sosial kerana kesilapan mengangkat jari tengah semasa perbarisan kemerdekaan, ayah ingin memberikan kronologi penjelasan.

i) Adik Azwar adalah anak kepada Maulana Ahmad Suwito, seorang anggota Bomba yang terlibat dalam perbarisan Hari Kemerdekaan.

ii) Adik Azwar difahamkan oleh bapanya adalah bidan terjun untuk perbarisan tersebut, bangun seawal jam 5 pagi untuk persiapan, dan teruja untuk mengenakan uniform anggota Bomba serta menjayakan perbarisan Hari Kemerdekaan.

iii) Akibat keletihan, Adik Azwar secara TIDAK SENGAJA mengangkat isyarat jari tengah kepada penonton. Isyarat sepatutnya ialah Mini Love. Isyarat tersebut telah disedari oleh anggota Bomba di atas bot dan telah diperbetulkan dengan pantas.

3) Insiden tersebut telah dirakam dan disebarkan di media sosial seluasnya. Sejujurnya page Kerajaan Langit Fans juga sebelum ini turut menyebarkan video tersebut, namun setelah menerima maklum dari ayah kepada Adik Azwar yang merupakan follower di page ini, ayah menurunkan video tersebut dengan kadar yang segera.

4) Ayah memohon jasa baik seluruh page dan pengguna Facebook rakyat Malaysia untuk menghentikan penyebaran video/gambar Adik Azwar. Dia hanyalah seorang anak kecil yang tidak berniat apa-apa dan keberanian dirinya untuk menjayakan perbarisan Kemerdekaan sewajarnya diberikan pujian, bukan sebarang komen yang memalukan apatah lagi sebarang kecaman.

5) Segala usaha dari pihak tuan dan puan pemilik page dan Facebook untuk memadamkan penularan ini, didahului dengan ucapan Terima Kasih dari pihak Kerajaan Langit Fans. Keluarga Besar kami memegang tanggungjawab untuk membuat post, dan mendepani isu ini atas dasar bahawa ayah kepada Adik Azwar adalah anakande (follower) di page ini. Anakande dan cucunda ayah adalah tanggungjawab bersama.

6) Semoga ALLAH merahmati setiap usaha kita dan ayah mendoakan semoga cucunda Muhammad Azwar kelak dewasa sebagai manusia yang berjaya. Kepada anakande Maulana Ahmad Suwito, mewakili Keluarga Besar KLF ayah mengucapkan –

‘Thank You for your service, Sir!’. Ketahuilah bahawa keluarga ini sentiasa berbangga dengan anakande dan cucunda Muhammad Azwar dari saat mengenali hingga akhir nanti.

Orang Kita – Kita Jaga,
A Page We Called Home,
Semper Fi – ❤️
Kerajaan Langit Fans

Sekian dan kesian.

#kerajaanlangitfans
#itemhappen
#ayahisbetter
#bijakkanayah
#jewelofthesky

Sumber: Kerajaan Langit Fans