Bapa Kutip Teddy Bear Sampah

Bapa Kutip Teddy Bear Besar Di Tempat Sampah Untuk Anak Tercinta Sentuh Hati Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bapa Kutip Teddy Bear Besar Di Tempat Sampah Untuk Anak Tercinta Sentuh Hati Netizen

Pengorbanan tak ternilai.

Diakui, dalam dunia moden kita, pengorbanan keperluan dan kehendak seseorang bukan merupakan idea yang popular. Sebaliknya, kita diajar dalam budaya hari ini untuk menjalani kehidupan kita dengan cara ini, untuk meletakkan diri kita terlebih dahulu dan melakukan apa yang terasa baik pada masa ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Azri Walter berkongsi kisah terserempak dengan seorang lelaki ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Putrajaya.

Apa yang menarik perhatian Azri ialah melihat lelaki itu sedang membawa anak patung teddy bear besar sambil menunggu lampu isyarat.

Disapa oleh Azri, rupanya teddy bear besar yang dibawa lelaki itu dikutip di tempat pembuangan sampah untuk diberikan kepada anaknya.

Bercerita lanjut, teddy bear tersebut sudah lama diminta anaknya, namun dia tidak mampu dek kerana harganya sangat mahal dan apabila menemuinya di tempat pembuangan sampah, dia begitu gembira boleh memberikan kepada anaknya dirumah selepas dibersihkan nanti.

Bapa Kutip Teddy Bear Sampah
Sumber: Azri Walter

Di akhir hantaran, Azri yang juga seorang usahawan berasa sebak melihat kejadian itu turut memuji sikap bapa berkenaan. Beliau juga mengingatkan dirinya dan masyarakat agar tidak melupakan pengorbanan dilakukan oleh bapa kita sendiri.

Perkongsiannya itu, membuatkan netizen turut tersentuh hati dan mengucapkan terima kasih di atas perkongsian pengalaman itu.

Begitu banyak beban dan pengorbanan bapa tidak mungkin terucap dengan kata-kata kerana cintanya terhadap kita. Jadi, hargailah bapa kita walau apa pun sejarah kita dengan mereka.

Sumber: Azri Walter

Ini pula kisah kasih anak kepada ibu bapa tercinta.

BACA: Apa Sahaja Demi Bahagia Ayah, Lelaki Sanggup Bawa Bapa Jalan-Jalan Dalam Raga Motosikal