Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150: Ini Senarai Semak Untuk Semua Ibu Bapa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 kini telah mula diagihkan kepada murid-murid di sekolah masing-masing.

BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama pada awal tahun.

Pembayaran one-off sebanyak RM150 mulai Januari 2023 itu diberikan kepada semua murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2023/2024 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Peruntukan BAP ini disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah dan pihak sekolah akan membuat agihan tunai kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun.

Sebelum ini, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan BAP tersebut kepada semua murid mengikut kriteria-kriteria pemberian seperti berikut:

1) Murid warganegara Malaysia

2) Murid Tahun Satu hingga Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya

3) Murid yang bersekolah di:

  • Sekolah Kerajaan (SK)
  • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
  • Sekolah Agama
  • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
  • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
  • Sekolah Integriti
  • Sekolah Henry Gurney

Menurut laporan Sinar Bestari, berikut adalah beberapa perkara penting dan senarai semak dokumen-dokemen yang diperlukan oleh ibu bapa dan murid:

1) Bagi sekolah rendah ibu bapa/penjaga perlu hadir mengambil duit BAP.

2) Sila bawa bersama:
– Sijil lahir/kad pengenalan murid
– Kad pengenalan ibu bapa/penjaga.
– Jika wakil, sila bawa surat wakil yang ditandatangani oleh ibu bapa penjaga, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan kad pengenalan wakil (jika tiada dokumen berkenaan, wang BAP tidak akan diberi)

3) Hanya murid warganegara Malaysia dan murid yang ada dokumen sahaja layak menerima BAP 2023.

4) Ibu bapa perlu akur dengan tarikh dan ketetapan pihak sekolah. Pihak sekolah hanya mengambil wang dari bank mengikut jumlah murid yang ditetapkan sahaja. Lebihan wang akan dimasukkan semula ke dalam bank pada hari yang sama.

5) Namun jika ada adik-beradik satu sekolah, ibu bapa dibenarkan mengambil pada hari adik atau abang/kakak ditetapkan. Bagi kes ini sila maklumkan kepada guru kelas untuk dimaklumkan kepada Unit Kebajikan sekolah.

6) Fasa 1 akan diserahkan pada:
a) 16 Januari (Isnin) untuk murid Tahun Satu dan Tahun Empat
b) 17 Januari (Selasa) untuk murid Tahun Dua dan Lima
c) 18 Januari (Rabu) untuk murid Tahun Tiga dan Enam

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150

BACA: Ramai Ibu Bapa Sanggup Tipu Maklumat Diri Pelajar Untuk ‘Sapu Semua’ Bantuan Kerajaan

Sumber: Sinar Bestari