Perkara Perlu Tahu Bayaran Balik Pinjaman Enam Bulan

Bank Tawar Penangguhan Bayaran Balik Sehingga Enam Bulan, Ini 5 Perkara Yang Peminjam Perlu Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kerajaan bersetuju bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bermula 1 April dengan jumlah manfaat bernilai sekurang-kurangnya RM100 bilion kepada peminjam.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka. Jelasnya, fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April sehingga 31 Disember 2020.

“Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka.

“Ini adalah penting untuk membolehkan syarikat-syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Sedar bahawa impak wabak COVID-19 ini bukan hanya menimbulkan keresahan dari segi kesihatan dan kesejahteraan, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan ini juga menimbulkan keresahan rakyat dari segi kewangan. Maka, kerajaan telah menawarkan penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan.

Perkara Perlu Tahu Bayaran Balik Pinjaman Enam Bulan

Bagi mereka yang masih samar tentang moratorium ini, seorang ahli ekonomi Ikmal Nordin telah berkongsi di Facebooknya untuk memberi kefahaman kepada orang awam tentang perkaraan berkenaan.

1. Tidak perlu bayar pinjaman rumah dan kereta selama enam bulan bermula 1 April. Maksudnya daripada April sampai September, bayaran ditangguhkan.

Tapi bukan bermaksud pinjaman itu dimaafkan enam bulan. Kalau sebelum ini pinjaman tamat bulan 12 tahun 2025, selepas ini tamat bulan 6 2026.

2. Hutang kad kredit masih kena bayar. Tapi kalau memerlukan boleh tukar jadi pinjaman bertempoh 3 tahun dan kadar faedah tidak lebih 13%. Maksudnya masih berhutang tapi murah sedikit dan masa nak bayar panjang sedikit.

3. Sebelum ini ada had untuk bank bagi pinjaman beli hartanah, saham dan unit trust, dan had-had itu akan dimansuhkan. Had untuk bagi pinjam pada syarikat-syarikat berkait TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan.

4. Bagaimana bank boleh bertahan semua ini, tak rugi ke? Itu sebab BNM cakap yang rizab bank boleh dikurangkan, tidak perlu simpan sangat duit, boleh guna sewaktu krisis.

5. Semuanya untuk lancarkan kesempitan yang dihadapi orang ramai waktu ini. Siapa yang ‘read between the lines’ akan faham yang BNM sebenarnya jangka kesan ekonomi COVID-19 untuk berlarutan lebih daripada 2 minggu, mungkin akan sampai hujung tahun.

Untuk betul-betul jelas, boleh berbincang dengan bank masing-masing. Untuk kefahaman lebih lanjut seperti tidak mahu menangguh pembayaran, adakah pelaburan ASB termasuk sekali atau tidak, boleh rujuk di hantaran Ikmal Nordin seterusnya.

https://www.facebook.com/ikmal.nordin/posts/10222314204780773