bank

Bank Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ini betul-betul menjejaskan kewangan kepada para mangsa.

Sehubungan dengan itu, terdapat gesaan terhadap pihak kerajaan kepada pihak bank untuk memberi tempoh moratorium kepada mangsa-mangsa banjir agar dapat meringankan beban mereka daripada membayar komitmen mereka untuk satu tempoh masa yang sesuai.
banjir

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tiga bank yang bakal turut serta dalam program moratorium kepada mangsa banjir ini iaitu Agrobank, Maybank dan CIMB Bank.

Beliau juga turut menyeru kepada bank-bank yang lain untuk turut serta mengambil langkah meringankan beban pelanggan mereka yang terjejas akan musibah ini.

BACA: Tip Musim Banjir: Panduan Berwuduk, Bertayamum & Bersuci Dari Hadas Besar