page

Banjir Terburuk Dalam Sejarah Di Yan, Tiada Pembalakan Di Hutan Simpan Gunung Jerai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banjir terburuk dalam sejarah, imej-imej satelit menunjukkan tiada pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai.

Hujan lebih lima jam bermula dari pagi pada semalam menyebabkan kawasan Gunung Jerai dilanda banjir terburuk dalam sejarah.

BACA: Masih Boleh Guna, Ini Tips Selamatkan Barang Elektrik Semasa Banjir

Menurut penduduk tempatan, cuaca hujan sejak pagi namun ia masih dalam keadaan biasa, sebelum secara tiba-tiba pada jam empat petang menjadi lebat sehingga air mula memasuki rumah penduduk.

Melihatkan pada keadaan tersebut, ramai yang mengambil keputusan untuk berpindah demi keselamatan diri.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan tiada sebarang aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai susulan ia sudah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

Namun ia disebabkan oleh fenomena kepala air yang terlalu kuat menyebabkan pokok sekitar hutan simpan turut dibawa arus deras sehingga ke sungai.

Setakat pagi tadi, tiga mangsa ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai manakala tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi Hayun.

Antara lokasi yang terjejas ialah kawasan kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai seperti Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Dalam perkongsian Telegram Astromet Malaysia, ada pengguna yang berkongsikan imej-imej yang menunjukkan tiada pembalakan dilakukan di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

photo_2021-08-19_18-21-35
Sumber: AstroMet Malaysia
photo_2021-08-19_18-21-31
Sumber: AstroMet Malaysia
photo_2021-08-19_18-21-29
Sumber: AstroMet Malaysia
photo_2021-08-19_18-21-27
Sumber: AstroMet Malaysia
photo_2021-08-19_18-21-24
Sumber: AstroMet Malaysia

Malah ada yang berkongsi, taburan hujan harian yang direkodkan semalam agak tinggi iaitu sekitar 278mm.

Yan Dilanda Banjir Terburuk, Imej Satelit Tunjuk Tiada Pembalakan Di Hutan Simpan Gunung Jerai 1

Disebabkan hujan yang sangat lebat di puncak menyebabkan hulu sungai tidak mampu menampung air dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa.

Lebih memburukkan keadaan sekiranya ada undur yang menghalang arus air seperti batang pokok tumbang, ranting dan apa sahaja yang membentuk empangan sementara yang mana jika ia menerima tekanan yang tinggi akan pecah dan berlakulah luruan air yang sangat deras.

Atau lebih mudah dikenali sebagai kepala air menuju ke bawah. Dan fenomena ini berpotensi terjadi di mana-mana hulu sungai.