
Bangunan Freemason Di Malaysia
Sejarah Freemason terlampau panjang untuk diceritakan.
Rekod paling tua yang merekodkan mengenai Freemason pernah ditemui setakat ini ialah pada 1390 Masihi di England iaitu sebuah manuskrip yang tidak diketahui siapa penulisnya.
Dalam manuskrip tersebut, Freemason dikatakan jauh lebih tua daripada tahun ianya ditulis dan dipercayai sudah pun bermula sejak zaman Mesir Purba lagi.
Freemason adalah pertubuhan persaudaraan yang dimulakan oleh golongan pengukir dan pembina monumen gergasi yang memiliki kemahiran tinggi dalam bidang binaan dan ukiran batu di bawah arahan Firaun sebelum ianya ditubuhkan secara rasmi oleh tokoh Yahudi, Adam Wishauot di Kota London pada 1717 dan dikuatkan lagi seorang general Amerika, Albert Pike pada tahun 1809 hingga 1891.
Seringkali dipanggil sebagai persatuan rahsia, Mason (gelaran ahli Freemason) menganggap ianya adalah sebagai sebuah persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana ada sesetengah aspeknya adalah sulit.
Namun pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi lebih terbuka dan ‘tidak lagi rahsia’ yang tetap memengang kepada perkara pokok aitu melakukan kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli.
Kini, Freemason wujud dalam berbagai-bagai bentuk dengan keahliannya dianggarkan antara lima juta orang di seluruh dunia yang mana setiapnya percaya kepada satu Makhluk Agung atau Supreme Being.
Struktur organisasi
Sama seperti organisasi lain, Freemason juga mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, majlis istimewa dan sebagainya.
Loji (Lodge) merupakan unit asas kepada Freemason, setiap loji baru mestilah mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi – perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang ditentukan dengan masing-masing ada tradisi unik tersendiri.
Dalam perjumpaan itu, mereka akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli serta pegawai mereka selain daripada membina dan mengurus aset dan hartanah termasuklah rekod perjumpaan.
Manakala Loji Besar (Grand Lodge) merupakan badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau pun kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global.
Di antara loji-loji pula, perhubungan adalah bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Freemason di Malaysia
Menurut beberapa sumber, di Malaysia cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Frand Lodges of Middle East a.k.a DGLME) yang mana ianya secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916.
Loji ini dipanggil sebagai Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur Imdia (tidak temasuk timur jauh seperti Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah.
Kemudian pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Namun cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah terbiasa dengan nama dan tradisinya.
Antara bandar yang meliputi DGLME ialah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kuching, Port Dickson, Port Klang, Kelantan, Taiping, Kota Kinabalu, Melaka dan Seremban.
Pada masa itu (25 Oktober 1978), arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah membangkitkan di Parlimen mengenai isu loji Freemason di Malaysia.
Beliau mempersoalkan mengenai tindakan kerajaan (pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tun Hussein Onn) yang membiarkan organisasi ini didaftarkan dengan banyak.
https://www.youtube.com/watch?v=ixgV_VYEmXE
Pada tahun 2016, jurucakap Freemason Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan salah faham dan maklumat yang tidak jelas sehingga menimbulkan kebencian terhadap persaudaraan Freemason di Malaysia.
Menurut mereka, Freemason bukanlah pemujaan bawah tanah atau gerakan rahsia untuk melemahkan negara sebaliknya adalah persatuan persaudaraan yang menyalurkan sedekah secara berkala susulan daripada pendedahan oleh Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai satu senarai hit list. Boleh baca mengenainya DI SINI.
Sumber: