Banglo Mewah JLow Dijual Separuh Harga 1

Banglo Mewah RM171 Juta Milik Jho Low Bakal Dijual Dengan Diskaun 50%

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banglo mewah Jho Low, ahli perniagaan yang sedang dalam buruan akibat skandal penyelewengan terbesar negara 1MDB dikatakan bakal dijual dengan harga diskaun 50%.

Terletak di Hollywood Hills, Los Angeles, rumah berkenaan dibeli pada tahun 2012 dengan harga +-RM171 juta namun akan dijual dengan harga sekitar RM81.3 juta sahaja.

BACA: Genting Jual Semula Kapal Mewah Kontroversi Equanimity

Banglo yang disita Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram dijual selepas setahun disenaraikan di bawah persetujuan yang dicapai antara pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat dan Jho Low.

Banglo Mewah JLow Dijual Separuh Harga

Banglo mewah Jho Low pada asalnya dimiliki oleh pelakon veteran Mexico, Ricardo Montalban ini pernah menjadikan JLow sebagai individu popular di Amerika Syarikat selepas gambar beliau bersama Paris Hilton di pesta champagne tular.

Terletak dalam sebidang tanah lebih 1 hektar, kawasan rumah ini turut memuatkan empat garaj kaca, sebuah rumah tumpangan, spa dan kolam renang mewah.

Untuk setahun sahaja, banglo mewah ini telah menelan kos sekitar RM2.8 juta membabitkan pembayaran cukai, insurans dan penyelenggaraan.

Terdahulu, Jho Low pernah memberitahu beliau menjadi kambing hitam dalam skandal kewangan terbesar 1MDB dan menafikan dirinya sebagai perancang utama skandal tersebut.

BACA: Dakwa Jadi Kambing Hitam, Jho Low Hanya Akan Pulang Jika Politik Malaysia Diyakini Selamat

Menggambarkan  dirinya sebagai orang tengah yang diminta dalam ‘membantu’ urusan manfaat kerajaan Malaysia dengan satu pihak di Asia Barat berikutan hubungan baik yang dimiliki dengan beberapa pembuat dasar, Jho Low memberitahu beliau menjadi target kerana bukanlah terdiri daripada kalangan ahli politik.

Sumber: FMT,