‘Rembat’ Bekalan Topeng Muka Hospital Dan Jual Kembali, Netizen Kecam Tindakan Pentingkan Diri Individu Ini 9

Bangga ‘Rembat’ Bekalan Topeng Muka Hospital, Netizen Kecam Tindakan Individu Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bangga ‘rembat’ bekalan topeng muka hospital.

Ketika dunia sedang gusar memerangi wabak COVID-19, masih ada individu yang mementingkan diri sendiri serta tamak dalam mengaut keuntungan dengan me’rembat’ bekalan yang disediakan untuk petugas barisan hadapan.

Semalam, tular di laman media sosial beberapa tangkap layar yang memuatkan hantaran beberapa individu yang bangga selepas me’rembat’ bekalan openg muka dan hand sanitizer dari hospital.

‘Rembat’ Bekalan Topeng Muka Hospital Dan Jual Kembali, Netizen Kecam Tindakan Pentingkan Diri Individu Ini 2

Bekalan Topeng Muka Dicuri

Curi Bekalan Topeng Muka Hospital Dan Jual Kembali, Netizen Kecam Tindakan Pentingkan Diri Individu Ini 4

Bukan itu sahaja, ada juga yang menjual kembali barangan tersebut di demi dengan harga jauh lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM100 sekotak.

Bekalan Topeng Muka Dicuri

Menerima kecaman daripada rakyta Malaysia, individu berkenaan dikatakan sebagai mementingkan diri kerana telah mengambil hak petugas-petugas kesihatan di hospital yang bertungkus lumus membendung wabak COVID-19.

BACA: Peniaga Ambil Kesempatan, Sanggup ‘Rebrand’ Hand Sanitizer Jenama Terkemuka

Seorang doktor gigi, Mohd Khairul Izawan dalam satu hantaran di Facebook peribadinya menggesa sesiapa yang pernah mengambil topeng muka, sarung tangan mahupun hand sanitizer dari hospital atau mana-mana klinik kesihatan memulangkannya kembali.

Ini kerana ada hospital yang kurang bekalan barangan tersebut terpaksa bercatu penggunaannya kerana kekurangan bekalan. Telah mencuri hak milik kerajaan beliau sebagai seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu orang ramai agar tidak mementingkan diri sendiri.

https://www.facebook.com/mohdkhairul.izwan.967/posts/883000905459624

Sudah menyahaktif akaun Facebook, hasil carian netizen mendapati bahawa salah seorang daripada individu terlibat bukanlah calang-calang orangnya. Pernah memberi seminar, beliau boleh dikategorikan sebagai seorang usahawan yang berjaya.

https://www.facebook.com/udang.gedikgedik.5/posts/560013581299446

Memberikan respon kepada isu ini, Hospital Serdang dalam satu kenyataan memberitahu pihak mereka sedia maklum dan memandang serius yang mendakwa individu berkenaan telah memperolehi topeng muka, sarung tangan dan hand sanitizer  dari sana dan akan melakukan sisatan terperinci serta mengambil tindakan tegas yang sewajarnya.

‘Rembat’ Bekalan Topeng Muka Hospital Dan Jual Kembali, Netizen Kecam Tindakan Pentingkan Diri Individu Ini 8

Terdahulu, Anthony Fausi, Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit di Institusi Kesihatan Negara Amerika Syarikat menerangkan, penggunaan topeng muka kini diperlukan kerana virus berkenaan sebenarnya boleh disebarkan ketika bernafas dan berbual; konsep yang sama seperti batuk dan bersin.

BACA: Pakai Topeng Muka, Virus COVID-19 Boleh Tersebar Hanya Dengan Berbual – Saintis

Disebabkan penularan yang boleh berlaku dalam skala besar, orang ramai diminta agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan sabun selama 20 saat.

Pesanan daripada kami, jangan jadi manusia pentingkan diri sendiri. Tak bawa ke mana pun kalau tamak macam itu sekali.