
‘Bangga’ Dengan Penganjuran Sukan SEA 2019, Majlis Olimpik Asia Cadang Filipina Bida Sukan Asia 2030
Temasya Sukan SEA ke-30 Filipina secara rasminya berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember 2019 dengan memperlihatkan beberapa kontinjen negara memungut 18 pingat emas dan berada di kedudukan ketiga bagi jumlah pungutan pingat keseluruhan setakat waktu ini.
Bagaimanapun, suasana Sukan SEA pada tahun ini mengalami beberapa kontroversi bermulanya ketibaan kontinjen daripada pelbagai negara ke Manila yang mana mereka disambut dengan cara yang tidak sepatutnya.
BACA: Sukan SEA 2019: Filipina Dikritik Hebat Berikutan Isu Kemudahan Dan ‘Venue’ Serba Daif
Dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku, Filipina sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA ke-30 ini dikritik netizen daripada kesemua negara yang terlibat dalam acara temasya itu sehingga trending #SEAGames2019fail di laman sosial.
Meskipun menerima pelbagai kritikan, naib Presiden Majlis Olimpik Asia, Wei Jizhong ‘memuji’ Filipina menganjur sukan berprestij ini dan percaya negara itu boleh menjadi tuan rumah untuk acara sukan besar-besaran selepas ini. Beliau turut mencadangkan Filipina mempertimbangkan untuk membida menjadi tuan rumah Sukan Asia 2030.

“Arena Filipina mungkin arena (sukan) unik di dunia. Kami menyaksikan semangat semua atlet, dan memperlihatkan tradisi Sukan SEA yang sangat baik setakat ini,” katanya, sebelum menambah:
“Ini bermakna Filipina mampu menganjurkan sukan yang lebih besar.”
Kata Wei, sikap mengalu-alukan kedatangan oleh rakyat Filipina terhadap sukan adalah salah satu faktor utama yang mengagumkan beliau setakat ini. Wei memberitahu ketika menghadiri acara hoki ais pada Ahad, beliau terkejut melihat acara sukan itu dipenuhi penyokong walaupun sukan itu tidak begitu popular.
Wei juga berkata masalah teknikal yang dialami oleh para penyokong dan peserta pada hari-hari awal pertandingan adalah perkara biasa, kerana negara lain juga turut mengalami masalah seperti itu.
Untuk rekod, Sukan Asia 2022 bakal diadakan di Huangzhou, China sementara Nagoya, Jepun bakal menjadi tuan rumah temasya 2026.
Sumber: Fox Sports
Trending now



