
‘Banduan Boleh Basuh Buat Apa Basuh Sendiri,’ Status Pegawai Penjara Undang Kecaman
Tular sekeping gambar banduan sedang mem basuh kereta.
Tindakan seorang pegawai penjara memuat naik foto dengan kapsyen ‘banduan boleh basuh, buat apa basuh sendiri’ di laman media sosial Facebook mengundang kemarahan orang ramai kerana menggunakan tenaga kerja banduan demi kepentingan peribadinya.
Dikatakan tidak beretika dan tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab, hantaran yang dibuat menerusi group Facebook itu kemudiannya ditangkap layar sebelum disebarkan dengan meluas di media sosial.
Setakat ini, masih tiada respon daripada pihak berkaitan.
Sebelum ini dalam bulan yang sama, seorang pegawai beruniform dikecam hebat apabila menjadikan Orang Kena Tuduh (OKT) sebagai kandungan di platform TikTok.
Sedangkan pada Disember tahun lalu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah menasihati pegawai dan anggota badan beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak menggunakan aplikasi TikTok ketika sedang bertugas kerana boleh mencemarkan imej pasukan.
Malah, perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan disifatkan sebagai ‘tidak manis’ kerana boleh mengaibkan uniform PDRM.
Dalam kenyataan terbaharu, Jabatan Penjara menjelaskan penghuni penjara yang mencuci kereta dalam sekeping gambar yang tular merupakan individu yang terbabit dalam program pemulihan luar penjara atau Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP).
Tahukah anda bagaimana detik-detik terakhir banduan akhir yang dijatuhkan hukum gantung sampai mati?
Banduan akhir ini terdiri daripada banduan yang melakukan jenayah berat yang mana hukumannya ditetapkan hakim selepas melalui proses kehakiman.
Selepas dijatuhkan hukuman oleh hakim, mereka akan diasingkan di dalam sel khas sementara menanti hari yang ditentukan. Pada ketika inilah, kebiasaannya mereka akan menghabiskan masa yang ada untuk beribadah sehingga ada yang tidak tidur malam memohon keampunan Tuhan.
Baca lanjut di: Peguam Ini Kongsi Pengalaman Banduan Akhir Yang Dijatuhkan Hukum Gantung Sampai Mati