14 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

Bandar Utama 9 Negeri Di Malaysia Dijangka Bakal Tenggelam Menjelang 2050

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika Ogos lalu, kita digemparkan dengan jangkaan negara jiran Indonesia bakal tenggelam satu per tiga menjelang 2050, hari ini kita sendiri didedahkan bahawa Malaysia turut akan mengalami nasib yang sama.

Suhu global dan paras laut yang semakin meningkat iaitu sebanyak dua hingga tujuh kaki menyebabkan bandar-bandar di pinggir pantai rendah semakin kerap dilanda bencana banjir.

Menurut kajian oleh Nature Communication, iaitu sebuah badan yang menerbitkan jurnal-jurnal berkualiti tinggi  mendedahkan bahawa Malaysia juga bakal terjejas dan ‘tenggelam’ menjelang tahun 2050 kelak.

Menggunakan Digital Elevation Models (CoastalDEM), mereka mendapati sembilan buah negeri di Malaysia akan tenggelam dan membentuk sebuah pulau dan menjejaskan berjuta-juta penduduk, antaranya di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sarawak kerana berada di bawah paras air laut.

*Alor Setar menjadi sebuah pulau.

10 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

12 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050


*Kawasan sepanjang Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan.

11 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050


*Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam.
*Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor lenyap.
*Port Klang tenggelam, Shah Alam mengecil.

9 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

*KLIA bertempat di sebelah pantai.

13 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050
*Muar tenggelam.

5 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050
*Pekan, Pahang juga tenggelam.

8 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050
*Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau.

6 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050
*Kuching, Sarawak juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau.

7 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

Bukan itu sahaja, di peringkat global, populasi Asia adalah yang paling banyak terdedah dengan kejadian kenaikan paras air laut dan boleh menjadi lebih teruk sekiranya faktor lapisan ais tidak stabil diambil kira iaitu sebanyak 70% dengan China sebanyak 43 juta, Bangladesh 19 juta, Vietnam 26 juta dan Thailand 17 juta.

3 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

 

4 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

 

1 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

2 Bandar Utama Malaysia Tenggelam Menjelang 2050

Sebagai persediaan menghadapi masa hadapan, kita sebagai rakyat di Malaysia perlulah bekerjasama mencari solusi dalam menyelesaikan masalah ini antaranya mengubah cara hidup ke arah yang lebih sejahtera kepada alam.

Sumber: Centre for Governance and Political Studies, Nature Communications

 

Sempena tayangan Terminator nanti, tonton trivia siri ini.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI