Bakat Luar Biasa Gubah Tayar Terpakai Jadi Sumber Pendapatan Pesara Tentera Ini

Siapa sangka tayar terpakai yang selalunya dijadikan bahan bakar (sebenarnya tidak elok kerana menyebabkan pencemaran) atau pasu bunga boleh dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan kepada pesara tentera ini.

Dengan menggunakan bakat dan sedikit kreativiti, Zazali Ibrahim dari Senawang, Negeri Sembilan ini mampu mengubah atau mengolah tayar terpakai menjadi hiasan mengikut permintaan pelanggan antaranya berbentuk angsa, burung merak, bangau atau pun abstrak selain daripada kerusi pelamin, kerusi santai serta set meja kopi.

Kerusi berasakan tayar terpakai.. Harga bermula RM80 – 130, Harga berbeza mengikut size dan design. Untuk lebih puas…

Posted by Hiasan Tayar Kreatif – En Zali on Saturday, September 14, 2019

Kemahiran pertukangan yang diperoleh daripada latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) semasa berada di bangku sekolah pada mulanya dimulakan sebagai hobi namun seiring peningkatan usia hobi itu dilihat mampu membantu beliau dalam menjana pendapatan sampingan.

Pada awalnya, kebanyakan hiasan yang dihasilkan hanyalah sekadar untuk menghiasai halaman rumahnya dan dijadikan perabot kegunaannya sendiri, namun kerana keunikan hasil air tangannya telah menarik perhatian jiran tetangganya dan juga penggemar barangan unik tersebut.

Hiasan Tayar Terpakai 2

Hiasan Tayar Terpakai 3

Proses penghasilan kreativiti ini tidaklah sukar sekiranya peralatan yang sesuai digunakan untuk memotong material tayar yang ‘liat’ selain daripada pemilihan cat dengan warna terang untuk menambah seri dalam penghasilan produk ini.

Projek terkini beliau adalah untuk menghasilkan hiasan berbetuk dinosaur setinggi lebih dua meter yang diberi nama sebagai Dinosaur Taman Desa Anggerik.

Hiasan Tayar Terpakai

Hiasan Tayar Terpakai 1

Sumber: Harian Metro

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!