
Bakal Mula Tayang 19 Februari Ini, Ramai Yang Tak Sabar Tunggu Episod 1 ‘The Penthouse 2’
Filem Korea Selatan, The Penthouse: War in Life mencipta fenomena luar biasa bukan sahaja di Korea tetapi juga di Malaysia. Kini The Penthouse 2 bakal tiba!
Mengisahkan mengenai persaingan yang berputar pada harta dan pendidikan, masing-masing berusaha untuk menjadi nombor satu.
Menggambarkan solidariti dan dendam kaum wanita yang tiada pilihan selain daripada menjadi kejam untuk melindungi apa yang mereka ada, drama The Penthouse: War in Life kembali dengan musim kedua yang mana tayangan episod pertamanya adalah pada 19 Februari ini.
Menyebabkan ramai penonton tidak sabar, musim kedua drama ini dikatakan hanya mempunyai 12 episod yang mana ada di antara episodnya diberikan rating 19+.
Dibintangi Lee Ji Ah, Kim So Yeon, Eugene, Uhm Ki Joon, Yoon Joon Hong, Shin Eun Kyung, Bong Tae Kyu dan Yoon Joo Hee sebagai barisan utama, filem arahan Joo Dong Min dan ditulis oleh Kim Soon Ok ini dijangkakan akan terus mencipta rating yang tinggi pada setiap episodnya.
Tonton teaser drama The Penthouse 2 di pautan bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=-mevlIMfDQU
BACA: ‘L.U.C.A.: The Beginning’ Penuh Aksi, Gandingan Mantap Kim Rae-Won dan Lee Da-Hee
Trending now



