
Bakal Jemaah Malaysia Perlu Bayar Caj Tambahan RM350 Visa Umrah
Rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan ibadah umrah akan dikenakan caj tambahan visa berjumlah RM350 (300 Riyal) susulan bayaran itu diumumkan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Caj yang dikenakan ini telah berkuatkuasa pada Selasa buat pertama kalinya bagi jemaah Malaysia. Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata walaupun caj tambahan itu dikenakan namun ia tidak terlalu mahal untuk ditanggung bakal jemaah.
“Mana-mana jemaah yang telah membuat tempahan penginapan dan pengangkutan untuk mengerjakan ibadah umrah sebelum 10 September untuk pergi selepas tarikh itu, mereka juga dikenakan caj tambahan visa berkenaan,” jelasnya.

Kerajaan Arab Saudi turut memperkenalkan sistem pendaftaran visa umrah secara atas talian dengan kelulusan dalam tempoh 30 minit.
Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada 2 Jun lalu menunjukkan Malaysia adalah negara kelapan teramai mengerjakan umrah membabitkan 274,066 jemaah.
Bagaimanapun, kerajaan Arab Saudi juga mengumumkan untuk memansuhkan caj mengerjakan ibadah umrah secara berulang setiap tahun iaitu RM2,300 (2,000 Riyal) bagi setiap jemaah seperti yang pernah dikenakan sebelum ini.
BACA: Kerajaan Arab Saudi Batalkan Yuran 2,000 Riyal Untuk Umrah Kali Ke-2
Sumber: Sinar Harian
John Wick lawan guna pensel dan buku sahaja tetap boleh menang.
Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.