
Bakal Hadir Tak Lama Lagi, Ini Rekaan Pesawat ‘Tanpa Tingkap’ Pertama Dengan Fungsi Skrin Sentuh OLED
Pernah tidak anda membayangkan pada suatu masa akan datang, akan ada kapal terbang yang membolehkan anda melihat panaroma di luar?
Salah satu firma penyelidikan dan teknologi British, The Centre for Process Innovation mengumumkan bahawa mereka sedang membina masa depan baharu untuk penerbangan udara dalam tempoh masa 10 ke 15 tahun lagi.
Bakal membina kapal terbang ‘tanpa tingkap’ yang pertama, kapal terbang tersebut akan dilengkapkan dengan fungsi skrin sentuh OLED yang memberikan pengalaman kepada semua penumpang untuk merasai pengalaman sama seperti yang boleh dirasai penumpang di tempat duduk bertingkap.
Skrin sentuh akan disambungkan ke kamera yang ditempatkan di badan kapal terbang di bahagian luar bagi memperlihatkan pemandangan realistik tentang apa yang berlaku di luar.
Selain daripada itu penumpang boleh menukarkan skrin tersebut kepada pemandangan mengikut cita rasa sendiri. Dengan menyediakan perkhidmatan ini, penumpang tidak lagi perlu berebut untuk mendapatkan tempat duduk di bahagian tingkap.
Tonton video penuh mengenai bagaimana kapal terbang ‘tanpa tingkap’ ini akan berfungsi dalam video di pautan bawah:
Sumber: Higher Perspective
Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.
Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



