Bakal Disambung, Ini Jangkaan Plot Drama Siri Kontroversi Netflix ‘Messiah’ Musim Ke-2

Drama siri kontroversi, Messiah dikatakan bakal disambung ke siri kedua selepas siri yang pertamanya berdepan dengan pelbagai kontroversi.

BACA: ‘Rasa Semacam,’ Ini Reaksi Netizen Selepas Menonton Drama Siri Kontroversi Netflix ‘Messiah’

Menerusi portal RadioTimes, drama ini berura-ura akan disiarkan pada tahun 2021. Namun tarikh sebenarnya masih lagi tidak dimaklumkan oleh pihak produksi.

Apa yang dijangka akan berlaku dalam musim kedua drama Messiah?

Melihatkan pada musim yang pertama, drama ini hanya menyiarkan mengenai Al-Masih yang dikatakan mempunyai keajaiban luar biasa tanpa menyatakan figura watak tersebut sama ada bersifat baik atau jahat.

Filem Netflix Messiah Berkaitan Dajjal 6

Jadi dalam musim kedua, berkemungkinan besar watak Al-Masih akan diteroka dengan lebih mendalam; menjawab kepada persoalan yang wujud pada musim pertama seperti dari mana datangnya Al-Masih ini.

Para pelakon untuk musim kedua ini pula dijangkakan akan menggunakan majoriti daripada pelakon daripada siri musim pertama dengan penambahan screen time dan babak setiap daripadanya.

Jika anda masih belum menonton siri ini, kami sarankan anda baca dahulu pandangan mereka yang pernah menontonnya sebelum meneruskan tontonan DI SINI.