Video Charlie Bit My Finger Dilelong RM3.1 Juta

Bakal Dipadam Dari YouTube, Video ‘Charlie Bit My Finger’ Dilelong Dengan Nilai RM3.1 Juta

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Video Charlie Bit My Finger berjaya dilelong RM3.1 Juta.

Mereka yang sentiasa mengikut perkembangan media sosial, pasti pernah menonton sebuah video klip mengenai dua orang kanak-kanak lelaki yang juga adik-beradik.

Video berkenaan menjadi perhatian kerana gelagat lucu si abang, Harry dengan sengaja telah memasukkan jari ke dalam mulut adiknya, Charlie lalu mengigitnya.

Meskipun sudah lebih 10 tahun berlalu, video yang dirakam bapa mereka masih segar diingatan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Penangan video berdurasi 56 saat tersebut, ia tular dan telah ditonton lebih dari 880 juta penonton dan pernah menduduki tangga keenam sebagai sixth most viewed non-music YouTube video pada tahun 2017.

Bagaimanapun, video ikonik ‘Charlie Bit My Finger’ itu diumumkan akan dihapuskan dari YouTube untuk mereka melelongnya kepada NFT.

NFT (token non-fungible) adalah sekumpulan data yang dijamin dengan kod blokchain. Pemilik kepada data itu sahaja yang memiliki kebenaran untuk mengakses data tersebut.

Setiap NFT adalah unik dan menjadikannya tidak dapat ditiru. Laman web keluarga itu memberitahu, video klip itu pada mulanya dirakam sebagai satu daripada merakam detik mereka sedang membesar dan tanpa sengaja ia menjadi tular.

Bapanya memuat naik video itu ke YouTube kerana tidak dapat menghantar e-mel kepada ibu bapa pembastian (godparent) mereka di Amerika Syarikat.

Video Charlie Bit My Finger Dilelong RM3.1 Juta

Video yang dibida itu dilaporkan telah berjaya dilelong dengan nilai RM3.1 juta. Menurut bapa mereka, Howard Davies-Carr, hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk pembiayaan pengajian Harry di universiti nanti dan kegunaan bagi masa depannya.

Klip tersebut sepatutnya akan diturunkan dari YouTube mulai 23 Mei 2021 selepas berjaya terjual, namun setakat ini masih boleh ditonton.

https://www.youtube.com/watch?v=_OBlgSz8sSM&ab_channel=HDCYT

Yang pasti video ini tidak jemu untuk ditonton malah dialog dua beradik ini seperti sudah boleh dihafal. Ouch Charlie!

BACA: ‘Spanish Laughing Guy’, Lelaki Dalam Meme Ketawa Meninggal Dunia

Sumber: Variety