
Bakal Diadaptasi, Tonton Trailer Siri Televisyen ‘Snowpiecer’
Walaupun sudah hampir tujuh tahun usianya, filem ini sentiasa mendapat perhatian sehingga boleh dikategorikan sebagai salah sebuah filem epik sepanjang zaman.
Diadaptasi daripada novel grafik Perancis, Le Transperceneige oleh Jacques Lob, filem Snowpiecer arahan pengarah terkemuka Bong Joon-ho kini bakal diadaptasi kepada siri televisyen oleh TNT.
Bakal dibintangi oleh Jennifer Connelly dan Daveed Diggs, siri televisyen ini dikatakan akan mula ditayangkan pada 31 Mei ini, jam 9 malam.
Sekadar ringkasan. filem Snowpiecer (2013) lakonan Chris Evens mengisahkan mengenai dunia yang telah menjadi beku kerana kegagalan satu projek yang merendahkan suhu dunia.
Wildford Industries yang diketuai oleh Wilford telah membina sebuah landasan kereta api mengelilingi dunia dengan enjin yang boleh berfungsi selama-lamanya.
Dalam kereta api ini, kasta masyarakat dibezakan yang mana di gerabak hadapan adalah untuk mereka yang elit dan di gerabak belakang adalah golongan bawahan yang miskin.
Penindasan yang berlaku menyebabkan golongan di gerabak belakang diketuai oleh Curtis (Chris Evens) telah tampil untuk melakukan protes bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Pastinya, penonton dan peminat filem ini tertanya-tanya apa yang akan dikupas dalam siri televisyen Snowpiecer yang dihasilkan oleh Tomorrow Studios dan CJ Entertainment ini bukan?
Tonton trailer adaptasi filem ke siri televisyen Snowpiecer pada pautan di bawah:
Sumber: Deadline
Trending now



