Bakal Berkuat Kuasa Jan 2020, NGO Nasihat Ibu Bapa Elak Guna Kerusi Kanak-Kanak Terpakai

Umum sedia maklum, penggunaan keselamatan kerusi kanak-kanak (CRS) telah dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2020 demi memastikan dan mengelakkan kanak-kanak mengalami kecederaan serius atau pun kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Walaupun ramai yang pada mulanya agak membantah kerana harga kerusi kanak-kanak atau dikenali sebagai car seat mencecah ratusan ringgit, namun perkongsian daripada seorang wanita, Wana Abas yang mengikuti taklimat garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020

Akta Keselamatan Kerusi Kanak-Kanak sama macam peraturan memakai topi keledar. 

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020 1

Kenapa kena gunakan kerusi kanak-kanak?

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020 2

Bagaimana dengan yang tak mampu? Adakah ini agenda nak menguntungkan penjual?

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020 3

Anak mengamuk tak nak duduk dalam kerusi khas mereka.

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020 4

Kesimpulannya, jangan sudah terhantuk baru nak terngadah.

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020 5

Berikutan penguatkuasaan undang-undang ini, konsultan keselamatan penumpang kanak-kanak, May Hwong dari Childline Foundation menasihati ibu bapa agar tidak membeli kerusi keselamatan kanak-kanak yang telah digunakan atau terpakai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ini kerana kebanyakan kerusi keselamatan kanak-kanak hanya boleh digunakan dalam tempoh enam hingga lapan tahun dari tarikh pembuatan kerana kesan cahaya UV boleh mengurangkan ketahanannya.

Kuatkuasa Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jan 2020 7

Mengikut statistik data yang dikeluarkan Miros, dalam tempoh masa 10 tahun bermula 2007 hingga 2017, seramai 1,559 orang kanak-kanak bawah 10 tahun meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Di Malaysia undang-undang kerajaan mewajibkan bayi baru lahir hingga tinggi kurang 135cm untuk menggunakan kerusi keselamatan anak-anak kerana tali pinggang keselamatan yang dicipta tidak bersesuaian untuk mereka.

May turut mencadangkan agar ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang ramai agar menaiki pengangkutan awam untuk pulang ke kampung demi keselamatan anak-anak/

Sumber: FMT

Trivia terminator.

Trivia Terminator

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.