Enam Palestin Bolos Penjara Israel

Bak ‘Prison Break’, Enam Warga Palestin Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Enam Warga Palestin Berjaya Bolos Dari Penjara Paling Ketat Israel.

Bagaikan dalam filem, enam warga Palestin berjaya memboloskan diri daripada penjara yang dikawal ketat di utara Israel selepas menggali lubang di bawah singki.

Kejadian yang merupakan antara insiden memalukan di negara haram itu memaksa pihak berkuasa Israel melancarkan usaha memburu enam warga Palestin itu, yang turut membabitkan seorang yang didakwa Israel bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.

Enam Palestin Bolos Penjara Israel

Susulan itu, operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.

Menurut pihak berkuasa Israel, kesemua tahanan itu meloloskan diri menerusi lubang yang dikorek di tandas yang kemudiannya bersambung dengan terowong yang wujud ketika penjara itu dalam pembinaan.

Kehilangan keenam-enam tahanan terbabit hanya disedari pegawai penjara kira-kira tiga jam selepas mereka bertindak meloloskan diri. Itupun, selepas orang awam ternampak keadaan yang mencurigakan di luar penjara Gilboa.

Enam Palestin Bolos Penjara Israel

Difahamkan lima daripada tahanan tersebut diperjarakan seumur hidup kerana didakwa terlibat dalam serangan ke atas rakyat Yahudi. Manakala Zakarian ditangkap atas dakwaan melakukan keganasan di sebuah kampung di Tebing Barat pada tahun 2019.

Menurut pihak berkuasa Israel, tidak diketahui bagaimana lubang yang hanya memuat seorang lelaki dewasa berjaya digali menggunakan sudu kerana perkakas yang diperbuat daripada logam tidak dibenarkan dibawa masuk dalam penjara.

Pegawai penjara mengeluarkan video yang menunjukkan sebuah terowong sempit yang digali di bawah singki.

Dalam pada itu, kumpulan Hamas menyifatkan kejayaan tahanan tersebut melarikan diri sebagai tindakan berani dan dianggap sebagai hero dan juga merupakan satu kegagalan terhadap sistem perjara Israel.

“Kejayaan besar ini sekali lagi membuktikan bahawa keazaman dan kecekalan askar kami yang ditahan di dalam penjara musuh tidak dapat dikalahkan,” kata seorang jurucakap pergerakan Hamas, Fawzi Barhoum.

Pihak Israel melaporkan, siasatan awal mendapati pegawai di Penjara Gilboa gagal melakukan pemeriksaan rutin sehingga memberi peluang kepada semua tahanan terbabit menggali lubang di sel mereka dalam usaha meloloskan diri.

Malah, pihak penjara gagal menghidu rancangan awal tahanan terbabit yang sebelum itu membuat permohonan untuk ditempatkan dalam sel yang sama.

Enam Palestin Bolos Penjara Israel
Pakaian penjara yang dikoyak dan ditinggalkan

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dalam satu kenyataan, menyifatkan insiden itu sebagai ‘kejadian serius’ dan mengikuti perkembangan pencarian secara terperinci.

Penjara terletak sekitar 4 kilometer dari sempadan Tebing Barat yang diduduki Rejim Zionis itu merupakan antara penjara kawalan paling ketat di Israel.

Ia menempatkan rakyat Palestin yang didapati bersalah atau disyaki terlibat dalam aktiviti anti-Israel termasuk serangan maut.

BACA juga: Tekanan Dan Desakan Seluruh Dunia, Israel Bebaskan Anhar Al-Deek Dengan Jaminan RM51k