Pengeluaran KWSP

Bajet 2023: Rakyat Mahu Dibenarkan Sekali Lagi Buat Pengeluaran KWSP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Untuk pembentangan Bajet 2023 beberapa hari lagi, dilaporkan di Utusan Malaysia, terdapat sebilangan rakyat yang memohon agar kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Pengeluaran KWSP

Dilaporkan juga, media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menjadi tempat bagi rakyat meluahkan hasrat tersebut.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan meskipun terdapat tentangan daripada segelintir pihak.

Ujarnya, kerajaan perlu memikirkan bebanan yang ditanggung rakyat selepas kenaikan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1.75 hingga ke 2.25 peratus disamping inflasi yang dihadapi sehingga membawa kepada kenaikan kos sara hidup.

“Memang sebenarnya mereka perlukan (pengeluaran one-off KWSP) sebab itu duit mereka yang bekerja dan di dalam keadaan terdesak, mereka fikir itu alternatif untuk mereka tampung perbelanjaan.

“Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana rakyat akan mula membeli apabila terdapat aliran tunai, seterusnya memberi kesan positif kepada pusingan kitaran ekonomi,” jelasnya.

Manakala Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff pula berkata, pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40.

Dia juga berpendapat kebanyakan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat berkenaan lantaran data KWSP menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi di dalam KWSP mereka.

BACA: Pengeluaran Khas KWSP: Terbukti M40 Sebenarnya Turut Sama Terdesak Seperti B40?

Sumber: Utusan Malaysia