Nurhusna Said

BAHAYA! Modus Operandi ‘Scammer’ Terbaru – Siap Keluarkan Waran Tangkap!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sindiket penipuan yang disyaki didalangi oleh kumpulan Macau Scam memang sedang mengganas dan amat aktif kebelakangan ini.

BACA: AWAS! Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama ‘LHDN’, ‘Bank Negara’ Dan ‘AIA Insurance’

Ramai yang sudah hampir diperdaya dan turut terjebak kerana sindiket ini kerap tampil dengan idea kreatif baharu serta modus operandi terkini.

Kisah yang dikongsi oleh Nurhusna Said di laman Facebooknya ini sarat dengan pengajaran dan wajar disebarkan agar lebih ramai orang sedar dengan taktik licik terbaru yang mereka gunakan tersebut.

Beliau turut menceritakan dengan panjang lebar bagaimana beliau hampir-hampir terpedaya kerana sindiket ini pandai menggunakan nama penuh dan nombor MyKad beliau serta sempat mengugutnya dengan waran tangkap.

Diharap ramai lagi akan tampil untuk sama-sama membongkar kegiatan sindiket Macau Scam selepas ini.

Nurhusna Said

Awas… Cerita ini sangat panjang.. dan aku minta maaf kalau aku cerita ni tak best ke apa, cuma aku nak sebarkan modus operandi scammer yang aku rasa agak baru untuk aku.. dan aku tak nak orang lain terpedaya.. sebab aku memang hampir-hampir terpedaya..

Hari ni, hari dalam sejarah.. Sebelum ni dengar cerita-cerita je daripada orang lain, rupanya hari ni nak kena pula.. hampir-hampir ditipu sebanyak 10k! Allahuakbar.. Allah dah selamatkan.. Alhamdulillah..

Modus operandi yang dia gunakan, aku tak tahu kalau orang lain pernah kena atau tak modus operandi yang macam aku, tapi bagi aku, ini modus yang terbaru dia pakai, sebelum ni kalau ada orang call kata aku ada hutang LHDN ke, bank entah apa-apa ke, aku memang tak layan.. sebab boleh agak scammer.. tapi yang ni lain sikit modus operandinya..

Kisah bermula dari hari Sabtu lagi, mendapat panggilan daripada company insurans katanya AIA (sah-sah menipu, mana ada company insurans kerja hari Sabtu).. tapi tetap terpedaya, sebab NAMA dengan IC yang dinyatakan memang betul.. hmm.. katanya aku ada membuat tuntutan insurans sebanyak RM33k++ pada sekian-sekian tarikh dan claim tersebut telah lulus, tapi aku cakap aku tak ada buat apa-apa tuntutan insurans, sebab aku memang tak ada insurans dengan AIA dan untuk tidak disenarai hitamkan, aku perlu buat laporan polis (katanya).. tapi disebabkan hari Sabtu tu ada kenduri dekat rumah saudara suami, dia kata, dia orang tak dapat nak setelkan laporan pada hari Sabtu tu dan kes dihold sehingga Isnin..

Tapi kebetulan Isnin tu, baru balik dari kampung, jadi dia hold lagi kes (menipu si dajal ni), jadi dia hold kes konon-kononnya, sampai Selasa baru setelkan kes ni..

8/3/2022 (hari ni punya kejadian)

Pagi ni dapat panggilan daripada orang yang sama, asalnya dia suruh ke AIA Ampang, untuk buat laporan ke apa entahlah, tapi lepas tu kata, tak perlu, cukup buat laporan melalui phone sahaja dan kes yang dikatakan ni berlaku di Negeri Sembilan (hajaq scammer ni), jadi dia sambung ke IPK Negeri Sembilan.. (menipu lagi.. tapi aku pula terpercaya.. 😆)

Dia bagi ya semua ya untuk nampak real, nama dia, nombor staff, nombor rujukan, dekat mana jadi, nombor akaun 4 digit belakang nombor bank, bila jadi, lepas tu nanti dia sambungkan ke balai polis dekat mana berlaku kejadian dan kes aku ni katanya terjadi di Seremban, Negeri Sembilan.

Ok.. lepas dia dah bagi detail diri dia, dia sambungkan pula ke IPK Negeri Sembilan, aku pun bagilah detail mamat dajal ni, kat si penipu seorang lagi ni (penyamar polis), lepas tu dia cakap, puan berada sama dengan siapa? Aku cakap suami saya ada.. kemudian dia kata, boleh tak pergi ke tempat lain, supaya suami tak dengar perbualan, dia kata kalau bunyi bising nanti rakaman tu batal (kau orang jangan sesekali percaya dan sembunyikan diri, lantaklah dia suruh asing ke apa, biar ada orang dekat dengan kau, suami ke anak ke, lagi bagus kau orang bagi dia dengar sama-sama buka speaker.. bolehlah maki berjemaah nanti.. hahahaha.. tapi aku silap sebab terpedaya lagi.. kahkahkah.. benda nak jadi..) dia kata ni Akta Rahsia Rasmi, siapa-siapa pun tak boleh tahu termasuk suami.. (dekat sini kau jangan percaya, kawan aku yang suaminya polis kata, mana boleh jadi Akta Rahsia Rasmi bagai kalau dah kes besar, siap kata orang yang kena tu ditangkap 10 hari yang lepas, aku cakap, tak ada masuk berita pun, sebab dia kata rahsia kes ni.. mendeeeee..) lepas tu dia minta pula detail aku yang biasa, nama dengan IC lepas tu tanya, pakai apa dekat tangan, tinggi berat, pakai tudung ke tak, (haiyaaaa.. macam mana boleh percaya).

Kemudian, yang dekat sini klimaks ceritanya, lepas dah bagi detail diri aku, dia bagi pula detail aku dekat seorang lagi penipu untuk tengok takut-takut aku ada terlibat dengan kes lain, lepas die check, tiba-tiba konon-kononnya aku terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan pengubahan wang haram (yang ni pun macam real ya bunyinya masa dia sambung dekat seorang perempuan dajal untuk check takut-takut aku ada kes lain).. Allah.. masa ni aku memang dah sedih sangat.. lepas tu dia kata dia akan pass pula panggilan dekat dajal besar, penipu utama yang mengendalikan kes besar ni (puihhhhhh).. lepas tu si dajal utama ni kata kalau aku tak nak kena masuk lokap bagai, aku kena bagi dia RM10k untuk duit warrant.. cis.. kenapalah aku percaya..

Aku terpedaya, sebab cara dia cakap tu memang macam real.. dan dia gertak kau orang.. jadi tak hairan ramai yang terpedaya.. Jadi kat sini aku nak berpesan pada kau orang, pesanlah kat siapa-siapa.. dia gertak apa ke, kau jangan percaya, alih-alih kau cakap jelah kau tu polis ke, lawyer ke… Hahaha.. aku tak sempat nak buat macam tu tadi.. sebab aku memang dah terpedaya.. aku juga hampir-hampir nak gadaikan barang kemas.. dah depan bank pun tadi 😭😭 tapi Alhamdulillah.. Allah selamatkan aku daripada berbuat demikian..

Dalam perjalanan tu, Allah ilhamkan aku, baru aku teringat ada kes scammer yang melibatkan ada kes polis.. (kesian polis dalam hal ni.. maaf cik-cik polis sekalian)

Jadi pesan aku sekarang, dia kata kau salah buat tuntutan claim ke, apa ke, kau jangan sesekali percaya.. aku percaya sebab nama dengan nombor IC aku tu betul dan ingat aku tak payah keluar duit sebab buat laporan je..

Pesan aku lagi, kalau dia minta nombor akaun bank ke apa, kau jangan bagi, alih-alih kau bagi jelah nombor phone kau ke, nombor phone tipu ke.. hahaha.

Tapi apa-apa pun.. kau orang berhati-hatilah kalau angkat phone bermula dengan 03 ke, 06 ke, melainkan kau betul-betul familiar.. tapi nak selamat, kau orang gunalah true caller ya.. aku tak install lagi benda ni.. lepas ni Insya-Allah aku akan install..

Aku sebelum ni pernah fikir, kalau aku kena, aku nak main-mainkan dia orang, tapi aku kena dalam keadaan aku tak bersedia dan dia guna cara yang tak pernah aku dengar.. tak taulah kalau kau orang dah pernah dengar modus operandi yang macam ni..

Sekian cerita panjang daripada aku.. semoga Allah selamatkan daripada tipu daya scammer ni.. jaga solat kau orang dan amal kau orang.. mudah-mudahan bila terjadi perkara macam ni, Allah akan bantu kita..

Sumber & kredit foto: Nurhusna Said