
Bahaya Merkuri Dalam Produk Kosmetik ‘Timbang Kilo’
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) baru-baru ini telah membatalkan notifikasi 5 produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Antara produk tersebut dikesan mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit serta boleh menyerap masuk ke dalam badan sehingga menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau yang belum dilahirkan.
Dr Yazeed Hair Johari di laman Facebooknya juga telah membuat hantaran berikut bagi sama-sama menasihatkan orang ramai agar menjauhi produk kosmetik ‘timbang kilo’ yang mengandungi merkuri ini. Semoga ianya menjadi peringatan dan dapat disebarkan untuk manfaat kita bersama.
NOTA: Orang ramai juga sangat digalakkan untuk sentiasa menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA di www.npra.gov.my atau menggunakan aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store. Terima kasih.
MERKURI NEUROTOXIN JAHAT!!
Viral baru-baru ni tentang beberapa produk timbang kilo yang disahkan merbahaya untuk pesakit.
Lebih-lebih lagi produk yang mengandungi merkuri.
Korang yang suka dok beli produk-produk timbang kilo ni… korang tak faham kan kenapa ramai saintis, doktor, pharmacist menentang produk macam ni?
Bukan saja-saja nak tutup periuk nasi orang, tapi.. Tapi kesihatan sejagat.
Apa function healthcare personnel tapi tak boleh spread awareness..
First of all, aku nak tanya .. founder-founder ni dia tau ke chemical structure yang ada dalam produk dorang ni? Dorang kenal ke bahan-bahan kimia dalam produk dorang? Depa ni saintis ke apa sampai boleh buat formulasi bagai?
Silap-silap nak sebut nama pun lidah terbelit-belit.. Tiba-tiba boleh jadi saintis buat formulation..
Kau ingat senang ke nak buat formulation? Jadi mana datangnya bahan-bahan ni?
Of course lah semua barang-barang kosmetik ini datangnya dari standard fomulation yang digunakan oleh persatuan kilang dan geng timbang kilo.
Dorang nak produk yang ada kesan yang cepat, barulah sale boleh juta-juta!
Itu namanya produk sampah asal boleh.
Ada tak dorang buat study dulu sebelum jual pada orang ramai?
Kau rasa owner produk sanggup jadi experiment model untuk produk dia sendiri?
Kalau jahanam muka sendiri, kau rasa produk dia boleh laku?
MERCURY TOXICITY
Merkuri ni korang jangan buat main.
Merkuri ni memang nama lain dia “Neurotoxin” sebab memang “Properties” dia ni toksik kepada sistem saraf kita .
Bukan setakat tu, keupayaan merkuri untuk absorb dalam badan adalah tinggi, penyerapan masuk merkuri ni akan menjahamkan lagi sistem organ badan lebih-lebih lagi buah pinggang.
Kalau buah pinggang pun boleh rosak, apalah sangat kulit muka korang tu yang memang dah sedia nipis.
Penggunaan merkuri ini adalah microinvasive dan corrosive (bersifat menghakis).
Bila dia hakis kulit kau, jadi apa yang berlaku?
Habislah segala struktur protein-protein pada kulit kau tu. Bila kulit kau jadi malnourish, dah jadi rosak, maka terjadilah secondary infection .. so tumbuh la jerawat-jerawat batu, bernanah-nanah..
Rumah kau elok ada bumbung, kau pergi buang. Berpanas, hujan beributlah kau dalam rumah tu. Hidup kau tengah huru-hara, jadi bila masa kau nak repair bumbung tu? Faham tak?
Bila kulit tak sihat, sel-sel kulit dah jahanam, kau rasa dia boleh repair?
Merkuri tu dah jahanamkan segala strukur sel kulit yang sihat tadi. So bila tak ada sel-sel hidup yang baik maka segala jerawat baru korang jadilah kesan-kesan tompok hitam.
Pernah tengok kulit kaki orang yang ada kencing manis? Kenapa kulit kaki atau pun kesan luka hitam? Sebab segala sel hidup rosak akibat kekurangan oksigen dan malnutrisi sel akibat dari sistem darah yang tidak lancar dan pekat.
Memanglah merkuri tu boleh beri kesan yang cepat.. korang kan tak sabar nak cantik?
Kau ingat badan manusia ni magic ke? Boleh sekelip mata..
Kulit kita berfungsi sebagai penebat haba yang baik, dan juga sebagai “protective properties” untuk melindungi segala bendasing dari luar..
Tapi kau bijak sangat, tak sabar nak putih melepak.. kau pergi kikis lapisan kulit kau tu.. dengan neurotoxin. Halahaii sedih aku nengok korang ni..
So sekarang nampak tak betapa bahayanya merkuri ni?
Kulit tu kalau tak jahanam sekarang, tengoklah nanti in the future apa kesan merkuri..
Founder? Tetap kaya, tak pakai produk sendiri tapi kulit muka dia dapat special treatment, habis puluh ribu dekat aesthetic clinic..
Yang muka sopak, muka hitam terbakar macam kena bakar tu siapa? Kau lah…
Masa tu bukan lagi salah orang lain, tapi salah sendiri sebab pakai produk asal boleh, yang tak ada research..
Macam manalah korang boleh pakai produk-produk macam ni tanpa usul periksa? Tepek pulak dekat muka sendiri..
Kau beli produk tu pun sekadar teracun dengan testimoni kan ? Sedihhh…
Janji boleh duit bohhh…
So lepas ni kalau kau jumpa produk yang menjanjikan bulan bintang, produk magic, produk kulit putih berkilat, produk buang jeragat dalam masa yang singkat… faham-fahamlah yer..
Lemahhh…!!
BACA: Macam Buat Kuih, Lihat Bagaimana Wanita Ini Hasilkan Produk Timbang Kilo
Sumber: Yazeed Hair Johari