Defrost Daging

BAHAYA! Jangan ‘Defrost’ Daging Beku Menggunakan Cara Ini. Ikuti Nasihat Doktor

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan sekali lagi telah berkongsi panduan kesihatan bermanfaat untuk orang ramai melalui hantarannya di Facebook.

Pasti masih ramai yang masih menyimpan lagi Daging Raya Korban yang lalu, kan? Ini cara yang betul untuk ‘defrost’ daging tersebut.

Dalam hantarannya kali ini, Dr Kamarul telah memuat naik tangkap layar dari bebenang ciapannya di www.twitter.com/dr_chaku mengenai cara yang betul dan selamat untuk nyahbeku (defrost) daging beku.

1 Defrost Daging

Menurut Dr Kamarul, teknik merendam lama-lama daging yang telah dibekukan tersebut di dalam air adalah merbahaya dan patut dielakkan.

Dari tangkap layar nota ringkas yang dikongsikan, Dr Kamarul menjelaskan sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul, ais pada daging mentah tersebut tidak cair sepenuhnya.

Sekiranya daging itu dimasak, bahagian yang masih beku pada daging tersebut pula tidak dapat masak dengan sempurna.

Ini seterusnya boleh menyebabkan keracunan makanan kerana kuman dan bakteria pada daging tersebut dapat membiak.

Untuk ‘defrost’ daging dengan cara yang betul dan mudah ‘like a boss’, Dr Kamarul telah berkongsi 3 cara berikut:

1) Letak bahan mentah di bawah air mengalir, tak lebih 2 jam. Lama sangat, nanti kuman membiak.

2) Pindahkan bahan mentah dari ‘freezer’ ke ‘chiller’, dan biar ia mencair semalaman.

3) Gunakan fungsi ‘defrost’ pada ‘microwave’. Cara ni paling cepat dan mudah.

Selamat mencuba!

BACA: Benarkah Daging Korban Tidak Boleh Disimpan Lebih Dari Tiga Hari? Ini Penjelasan Agamawan

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan